Thursday, January 26, 2012

KATA SPONTAN NO. 3 : AAMINN KE AAAAAAAAAAAAMINN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Esok hari Jumaat kan? Jadinya pasti ramai kaum-kaum Adam akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Dalam solat berjemaah ini, bacaan Al-Fatihah akan dibaca nyaring dan akan diakhiri ayat AMIN oleh imam dan akan disahut oleh para jemaah yang lain.

Namun, adakah ayat AMIN tersebut harus disebut AAMINN atau AAAAAAAAAAMINNNNN? Sekali saya teringat pada suatu ceramah yang saya pernah dengar dahulu yang bunyinya sedikit kurang lebih begini :

"Kebanyakan antara kita apabila bersolat jemaah di masjid akan menyahut AMIN dengan menyebut AAAAAAAAAMINNNNN. Kenapa perlu dipanjangkan ALIF itu, sedangkan panjang ALIF hanyalah 2 harkat. Sepatutnya kita hanya menyebut AAMINN."

Apa yang saya dengar, itulah saya praktikan sehingga ke hari ini. Namun sehingga kini, mana-mana masjid yang saya hadiri pastinya makmumnya akan menyahut AMIN dengan AAAAAAAAAMINNNNN. Kadangkala terfikir, adakah ustaz yang meyampaikan pesanan itu tidak sampai lagi ke masjid-masjid lain?

17 comments:

  1. kalau budak2 kecik smbhyg, aminn tu dia jerit kemain kuat. sabo je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. LYA : APESALLAH KOMEN YANG NI MASUK SPAM.. BARU SAYA PERASANA THEN UNSPAM SEMULA...

      Delete
  2. BETUL TU BRO...AKU PUN KALAU MENGAMINKAN..HANYA 2 HARAKAT AA NYA TU....SEBAB DULU AKU IKUT KURSUS IMAM......

    JEMAAH NAK BAGI KUAT SUARA DENGAN MEMANGJANGKAN AA....KALAU MIN, JERITAN MACAM TAK KUAT...MACAM NAK LEPAS TEKANAN JER..NAK KUAT NAK PANJANG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah menanyakan masalah ini kepada ust di Universiti Malaya sedikit masa dulu. katanya dua-dua pun boleh bahkan memanjang min pun boleh seperti aaaaamiiiiiin .. wallahua'lam.

      Delete
    2. AMRY : WAH.. TAK SANGKA AKU KAU IMAM MUDA RUPANYA.. ;)

      Delete
    3. AL : KALAU KEDUANYA BOLEH BAGUSLAH..

      Delete
  3. aku pun suka sebut aaaaaminnnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MADAM : PAK AL-LAVENDARI DAH SEBUT OK.. OK LE KOT..

      Delete
  4. Aamiin... Semoga Allah memaafkan mereka yang belum mengetahuinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh, sib baik sya suka sebut aamiinnnnn tu...

      Delete
    2. sebutan amin nie adalah sunat..jadi, jangan terlalu diperdebatkan perkara yang sunat seolah-olah ia menjadi penghalang kepada sesuatu ibadah itu..

      Delete
    3. MAMANORIZ : NASIB AWAK MEMANG BAIK.. ;)

      Delete
    4. SAHROM : YANG SUNAT BUAT DAPAT PAHALA... WALAUPUN SEDIKIT TETAP PAHALA.. BUKAN NAK SURUH DIDEBATPUN.. ;)

      Delete
  5. FAIZ : SAMA-SAMA BERKONGSI BENDA BAIK..

    IARYYLR : AAMINN...

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.