Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kita manusia hidup di dunia ini ibarat roda. Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Jadinya, kepada sesiapa yang berasa agak selesa di atas dengan begitu lama, janganlah beranggapan mereka akan terus di atas. Agak ramai pesaing-pesaing yang sedaya upaya berusaha untuk menjatuhkan kita.
Dalam konteks ini, bukanlah bererti kita tidak boleh berada di atas. Kita boleh berada di atas, namun kita juga perlu memandang di bawah dan juga melihat kepada pesaing-pesaing kita yang senantiasa akan mengambil peluang di atas kelekaan kita untuk memotong kita yang di puncak.
Sebagai contoh, pertembungan teknologi antara Nokia dan Samsung. Kalau dahulu syarikat Nokia amat gah berada di puncak dunia dengan pelbagai keluarannya pasti dinantikan oleh pengguna, tetapi kini tidak lagi. Sekarang nama Samsung pula mendaki dengan perlahan-lahan sehingga berjaya ke puncak lalu mengalahkan pesaing-pesaingnya yang dulunya begitu hebat. Kini, Nokia kian terdesak dan telahpun mengeluarkan kenyataan akan "berperang dengan Android". Jelas di sini, kita perlu lebih berwaspada pada para pesaing kita walaupun mereka hanya bersuara dengan nada lawak.
Seperti juga negara kita Malaysia. Kita nampak seperti aman dan damai tetapi adakah kita perlu berdiam diri sahaja dengan mengecapi kedamaian ini. Walaupun kita mengecapi kedamaian, tetapi sikap berjaga-jaga tetap diperlukan. Siapa sangka negara-negara jiran kita bertukar topeng dari jiran menjadi musuh. Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara pastinya ada perisikan mereka sendiri untuk memerhatikan gerak geri kita. Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa berhati-hati, bersatu padu agar pihak luar tidak mendapat peluang untuk menjatuhkan kita dari segala aspek sekalipun. Pernah tak kita terfikir bahawa kita akan diserang pada hari Jumaat, kerana pada hari Jumaat kebanyakkan lelaki menunaikan solat Jumaat di masjid?
Di dalam organisasi juga, siapa yang berada di atas perlulah sentiasa bersiap untuk memajukan diri dengan memenuhkan ilmu di dada dan sentiasa peka pada perkembangan di bawah. Biasalah, apabila kita berada di atas, pasti ada usaha untuk mencantas kita dalam apa bentuk sekalipun. Mungkin dalam bentuk fitnah, membodek, secara halus mahupun secara terangan dan bermacam-macam cara lagi.
Apa yang dapat dirumuskan ialah, kita memang boleh berada di atas. Tetapi jangan sekali sekala merasa selesa apabila di atas. Kita hendaklah selalu peka atas gerakan-gerakan yang hendak menjatuhkan kita atau gerakan yang mahu menyaingi kita. Sekiranya ada persaingan, jangan pula kita bersaing secara tidak sihat. Bersainglah dengan cara yang penuh berhemah.

kalau kita berada di atas, dan bersikap baik, tak megah, takde lah orang tak menyukai dan nak menjatuhkan kita ye dak. maka nya, tak kira lah kita kat atas ke bawah ke tengah2 ke, sikap dan sifat yang baik tak boleh di tinggalkan. jangan lupa dari mana kita asal. hihi
ReplyDeletemacam karangan pulak daaaa
kes nokia tu mmg sadis, apalagi 2012 ni diramalkan para ekonomi dunia yg nokia akan bangkrup sekali dgn A&W..
ReplyDeleteSetuju.
ReplyDeleteBila kita berada di atas, bukan setakat kawan tapi lawan pun ramai.
Jadi, hati-hati.
bila kita dah berada dia tas jgn lupa orang yg dibawah..
ReplyDeleteassalamualaikum..
Deletealhamdulillah, aku lum rasa lagi duk atas..namun aku sentiasa bersedia untuk menghadapi serangan dr yg atas yg kadang2 suka memperkecilkan org bawah mcm aku nie huhuhhh
LYA
DeleteMAMANORIZ
POK AMAI-AMAI
FAIZ
SAHROM
TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN..
Bak kata PM bro....kesederhaan itu penting...
ReplyDeletebawah ker atas ker sederhana sudah...jangan terlalu merendah diri,jangan juga teralu meninggi diri. kan kan kan
kalau berada di atas pun jangan berasa selesa, apalagi bila berada di bawah.
Deletemalangnya ramai yang berasa selesa berada di bawah.
AL : MEMANG RAMAI JUGA ORANG KITA SELESA BILA BERADA DI BAWAH...
DeleteAMRY : YA.. HIDUP PELU SEDERHANA.. KALAU DUDUK ATAS PUN PERLU SEDERHANA...
Delete