Thursday, December 1, 2011

MALU JADI ORANG MELAYU





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita orang Melayu kaya dengan budi bahasanya, kaya dengan sopan santun dan juga bahasa yang indah melalui peribahasa dan juga bait-bait puisi seperti pantun, syair, gurindam, seloka, sajak dan sebagainya. Dalam memperkatakan tentang peribahasa dan juga puisi, pastinya ada antaranya kita tahu dan teramat tahu akan sesuatu peribahasa atau puisi mungkin kerana tahu sejak belajar di bangku sekolah mahupun ianya sering digunakan pada zaman kini.

Sebenarnya ada beberapa puisi dan peribahasa yang kononnya kita tahu dan faham perkataan dan maknanya tetapi sebenarnya kita silap. Kita silap sejak dari dahulu lagi. Baru ini kira baru tahu. Alangkah malunya. Alangkah malunya diri ini seorang yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya tidak tahu makna perkataan-perkataan tertentu.

Apa yang hendak saya jelaskan di sini ialah berkenaan pantun ini :

YANG KURIK ITU KENDI,
YANG MERAH ITU SAGA,
YANG BAIK ITU BUDI,
YANG INDAH ITU BAHASA.


Ada siapa yang sudah biasa dengan pantun ini. Betulkah setiap perkataan tersebut atau ada kesalahannya? Mungkin ada antara yang membaca ini tidak tahu ada yang salah dan mungkin juga yang tahu ada salahnya. Tapi di mana ya?

Mengikut apa yang dijelaskan kepada saya, KENDI itu bukanlah perkataan asalnya, yang betulnya ialah KUNDI iaitu sejenis pemberat dalam timbangan emas. Anda baru tahu? Saya pun baru tahu sebenarnya.

Ada satu lagi peribahasa yang begitu popular yang kita mungkin tidak menyangkakan bahawa ianya lain daripada apa yang kita sangkakan iaitu :

SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.

Erm... Apa salahnya ya? Kalau kita perhatikan betul-betul setiap perkatannya pasti kita akan menyatakan bahawa tiada silapnya. Malah ada dijelaskan di dalam buku peribahasa bergambar bagi kanak-kanak sekolah rendah yang mengambarkan peribahasa ini dengan gambaran orang sedang batuk di atas tangga. Benarkah peribahasa ini menyatakan begitu? Saya pun sebenarnya berkefahaman begitu tentang peribahasa ini sehinggalah hari ini barulah saya tahu hal yang sebenarnya.

Apa yang salah sebenarnya ialah BATUK. Perkataan yang sebenarnya ialah BATOK. Apa itu BATOK? Mengikut apa yang dijelaskan kepada saya, BATOK ialah sejenis gayung kecil yang digunakan untuk membasuh kaki sebelum naik ke atas rumah (kalau kita tengok cerita Melayu dahulu-dahulu pastinya akan perasan di rumah Melayu ada tempayan dan BATOK digunakan untuk membasuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah)

Sekian sajalah perkongsian ilmu kita pada hari ini. Kalau rasakan anda sudahpun mengetahui hal yang ini, anggapkan ianya sebagai ulangkaji. Bagi mereka yang sama seperti saya di mana baru mengetahuinya, simpan dalam otak dan kongsikan jika perlu bagi meluaskan ilmu ini.

(Ps : Maklumat berkenaan apa yang saya ceritakan ini adalah diperolehi daripada kursus yang saya hadiri pada hari ini yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka)

16 comments:

  1. byk perkataan melayu ada yg kita tak faham..

    ReplyDelete
  2. Ouh, baru sy tau....bahasa Melayu lama, siapa aje yg ambil kisah? Sedang bahasa Melayu sedia ada digunakan masakini pun dicampur adukkan kita semua.

    =(

    ReplyDelete
  3. salam kenal dan dofollow sini dik..
    yupp akak ada terbaca gak kisah batuk dan batok tu.. peribahasa ni susah nak kata sbb yg cipta org zaman dulu2 secara lisan, kemudian dibukukan so time dibukukan tu le terdapat erata sana sini, kalau ejaan BM ejaan 'batok' kan salah.. pastu kundi jarang didengar tapi kendi seakan2 bekas kan?..

    ReplyDelete
  4. MAD : TERIMA KASIH. SUDAH IKUT KEMBALI.. ;)

    ReplyDelete
  5. FARA : AAH.. NAK BUAT MACAM MANA.. KITA NI MENTIMUN...

    ReplyDelete
  6. AIMANIMAN : TERIMA KASIH KERANA IKUT BLOG INI.

    MENGENAI BATUK / BATOK ITU, SAYA FIKIRKAN YANG SEBENARNYA MEMANG BATOK. INI KERANA DARI LOGIKNYA, TANGGA DAN BATOK ADALAH BENDA YANG SALING TIDAK LARI. PADA ZAMAN DAHULU, SETIAP RUMAH DILETAKKAN TEMPAYAN DAN BATOK DI LUAR RUMAH.

    MENGENAI KENDI / KUNDI PULA, SAYA JUGA MEMIKIRKAN IANYA ADALAH KUNDI. SEKIRANYA KITA LIHAT DARI AKHIRAN AYAT KENDI DAN KUNDI, KUNDI ADALAH LEBIH SAMA SEBUTAN BAGI AKHIRAN PERKATAAN BUDI DALAM PANTUN TERSEBUT DI MANA TERDAPAT HURUF "U" DAN "I" DALAM PERKATAAN TERSEBUT.

    ReplyDelete
  7. bagus intipati entry kau, aku buat entry merapu kat blog aku tu bolehla..kakakkaak

    ReplyDelete
  8. Wah...boleh jadi cikgu Bahasa Melayu ni. Tak sangka org muzium minat bahasa. terbaikkk ar....

    ReplyDelete
  9. MADAM LALA : TAKPELAH.. MERAPU JUGA OK APE...

    ReplyDelete
  10. CIKGU TIE ; JANGAN TAK PERCAYA SEBELUM KERJA MUZIUM DULU SAYA PERNAH JADI GURU SANDARAN.. ;) DUA BUAH SEKOLAH SAYA MENGAJAR.

    ReplyDelete
  11. Owh...baru saya tahu. Kena banyak lagi belajar makna peribahasa melayu nih. Mekasih cikgu ☺☺

    Saya dari dulu memang suka baca novel, tapi sejak kawin dah tak der masa nak baca.

    ReplyDelete
  12. FIZA : SAYA PUN KENA BELAJAR BANYAK LAGI..

    ReplyDelete
  13. owh... malunya saya.. baru tahu.. hehehe.. [-__-"]

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.