Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Melayu oh Melayu... Kemanakah hilangnya kesopanan yang ada pada jati diri Melayu. Mana hilangnya ketatatertiban Melayu. Melayu itu unggul, penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, tetapi kini semacam akan hilang saja semua ini. Orang Melayu ini baik, tetapi mengapa sikap baik ini semacam bakal hilang? Sekiranya hendak tahu Melayu ini baik atau tidak, boleh baca entrinya DI SINI.
Kalau dahulu Melayu penuh dengan kesopanan, tetapi kini kian hancur. Tiada segan dan silu. Anak dara orang dipeluk dan diciumnya dikhalayak orang ramai tanpa ada perasaan malu malah hanya merelakan. Yang lebih dahsyat lagi, sanggup merakamkan aksi-aksi berahi yang akhirnya tersebar luas di telefon bimbit dan internet. Memang hilang kesopanan Melayu sekarang.
Tetapi sebenarnya, bukan ini yang saya mahu ceritakan dalam entri ini. Penulisan entri ini terhasil daripada pengalaman saya ketika bersembahyang Jumaat pada tengah hari tadi. Kebetulan saya ada mesyuarat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ayer Keroh, jadi saya berkesempatan bersembahyang Jumaat di masjid yang berdekatan dengan rumah saya.
Apa yang berlaku ini membuatkan saya berfikir, bahawa benarlah kesopanan dan kesusilaan budak Melayu sekarang sudah berkurangan. Hendak diceritakan, saya duduk bersila seperti biasa di dalam masjid untuk mendengar khutbah Jumaat. Kebetulan saya duduk 3 atau 4 baris dari saf belakang. Jadinya orang-orang lain yang mahu ke saf hadapan akan melangkah melalui lutut saya dan lutut orang di sebelah saya. Apa yang saya perhatikan, orang-orang dewasa dan berumur pasti akan membongkokkan badan semasa hendak berlalu di sebelah dan hadapan saya.
Namun begitu, apa yang sebaliknya ada 3 ke 4 orang budak-budak dalam lingkungan sekolah menengah dan pemuda yang berlalu antara lutut saya dan hadapan saya dengan "selamba" saja berlalu. Saya bukanlah minta dihormat. Saya memang tidak perlukan orang hormat saya, tetapi apa yang saya lihat, adab, kesopanan dan kesusilaan budak-budak Melayu kini kian pudar. Tak macam dulu.
Nak dijadikan cerita lagi, pada mulanya ada seorang pakcik terlanggar lutut saya. Dengan segera dia memegang lutut saya dan saya secara spontan memegang betis dia tanda memohon maaf. Tapi sebaliknya berlaku apabila seorang budak lingkungan sekolah menengah bukan hanya seperti melanggar tetapi memijak lutut saya dan terus berlalu seperti tiada apa-apa berlaku. Saya rasa, kamu dapat membayangkannya.
Kalau kita lihat filem P. Ramlee yang dulu-dulu yang memaparkan latar belakang masyarakat Melayu, sudah pastinya mengambarkan orang-orang Melayu ini tinggi tahap kesopanan dan adapnya. Orang Melayu cakapnya berlapik, setiap berbuatannya bersopan. Itulah Melayu. Namun kini, tinggal sejarah. Mungkin bakal lenyap.
Akhir kata, kembalilah anak-anak Melayu ke arah kesopanan. Jaga tatasusila kita. Jangan bersikap kurang ajar kepada orang yang lebih dewasa daripada kita. Sesungguhnya orang yang terdahulu itu lebih paham dari apa yang kita faham. Jadi, belajarlah menghormati orang tua.
erk kurang asam nya budak tu. takde rasa bersalah ke.nak marah kang, dalam ,masjid pulak kan. haih, bawak2 sedar sket budak2 oiii
ReplyDeleteErr...bg sy...org lelaki Melayu yg syok melantak makan tengahari lagi ms org duk sibuk dlm masjid lagi tak beradab dari yg dlm masjid tu...
ReplyDeleteMelayu skang nih tak tak tau macam mana nak beradab sopan.
ReplyDeleteSetuju ngan fara.
setuju...orang melayu sekarang tak macam dulu...
ReplyDeletememang betul la.. mlayu mudah lupa...
ReplyDeletemelayu dulu lain dr sekarang...
ReplyDeleteMelayu yang semakin Layu...tapi insya-Allah kalau dia Melayu & Muslim, dia mesti dia tau batas2 adab macam tu...
ReplyDeleteLYA : DAH NAMA PUN BUDAK2.. TAPI, BUDAK2LAH KITA KENA AJAR SUPAYA DAH BESAR NANTI TIDAKLAH LIAT.. IBARAT MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA...
ReplyDeleteFARA : TU PUN SATU HAL JUGA. ADA SATU MASJID YANG SAYA SELALU SEMBAHYANG JUMAAT, DI SEBELAH MASJID ADA KEDAI MAKAN, WAKTU KHUTBAH MASIH ADA LELAKI YANG BERAGAMA ISLAM YANG MAKAN DI SITU.. SAYA TERFIKIR JUGA, BOLEH KE MENDENGAR KHUTBAH DARI KEDAI SAHAJA? MEMANG KEDAI TU DEKAT SANGAT DENGAN MASJID..
ReplyDeleteFIZA : JADINYA HAL-HAL SOPAN SANTUN INI PERLU DITERAPKAN LEBIH LAGI PADA KANAK-KANAK SEKOLAH...
ReplyDeleteSHAZLYYN :YE.. MEMANG SUDAH BANYAK BERUBAH.. DARI PELBAGAI ASPEK YANG POSITIF MAHUPUN NEGATIF..
ReplyDeleteZUL : MUDAH LUPA DAN SERING TERLUPA..
ReplyDeleteFAIZ : AAH.. MACAM LAGU SM SALIM, DULU LAIN SEKARANG DAH LAIN..
ReplyDeleteAIRANIEZ : ENTAHLAH.. NAK KATA TAK SOLAT, DIA PUN KE MASJID.. ERM...
ReplyDeletebapak menteri melayu pon bercakar dan berbahasa kesat dalam parlimen...
ReplyDeleteapa nak di harapkan dengan budak berhingus?
GEDEK : NBANG, YANG DAH TERBABAS TU HARAP BOLEH DI "GOSTAN" SEMULA. DAN MANA-MANA YANG BARU NAK NAIK NI, KENALAH KITA DIDIK BERSAMA.. KITA TAK BOLEH PASRAH...
ReplyDeletebudak kecik sekarang pun dah pandai naik suara dekat orang tua. kita dulu bukan main takut & hormat.
ReplyDeleteINTAN : SUDAH BETUL LA TU..
ReplyDelete