Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Teringat pula pada cerita KL Menjerit masa Rosyam Noor menjerit Kuala Lumpur, Tungguuuu... Masa dia berhajat ke Kuala Lumpur. Tetapi pada entri ini saya letakkan tajuk Cameron Highlands.. Tungguuu... kerana kebetulan saya baru pulang dari Cameron Highlands.
Sebenarnya saya tidaklah gemar sangat untuk bercerita tentang hal peribadi, tetapi kadangkala rasa ingin berkongsi tentang sedikit pengalaman saya di sana. Saya pergi bersama isteri dan anak dan tidak lupa juga ayah bonda dan adik beradik yang lain. Kami menyewa "apartment" memandangkan jumlah kami yang ramai.
Inilah kali kedua saya jejakkan kaki di Cameron Highlands selepas yang pertamanya saya melawat ketika rombongan sekolah semasa darjah enam. Nampaknya, agak berbeza sedikit suhunya jika dibandingkan semasa dahulu. Kalau dahulu seingat saya, apabila bercakap mulut akan "berasap" kerana sejuk, tetapi kini, tidak lagi. Bayangkan, di tengah malam sudah mulai rasa hangat. Saya yang mulanya berpakaian baju dan berselimut tebal akhirnya membuka pakaian tebal dan selimut.
Rombongan darjah 6. Penulis bercermin mata.. ;)
Kesesakan juga melampau. Saya tidak pastilah sama ada kesesakan ini terjadi semasa cuti umum atau setiap hari. Saya terperangkap beberapa kali apabila hendak ke pasar malam di situ. Terperangkap hampir 2 jam. Malam yang pertama tidak dapat pergi kerana kelewatan, keesokan harinya kami keluar awal untuk menempuh kesesakan dan akhirnya tiba juga di pasar malam tersebut.
Huh.. Memang teruk kesesakannya...
Seperti biasa, di Cameron Highlands pastinya kita akan pergi melawat ke Ladang Teh yang mana sudah memang "habitat" teh untuk hidup segar di tanah tinggi.
Selain dari melawat ladang teh, tidak lupa juga untuk melawat ke tempat penanaman bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Ingatkan dapat rasa memetik buat strawberi, tetapi malangnya tidak dapat kerana kekurangan buah. Jadi, hanya melihat-lihat saja persekitaran yang dipenuhi pelbagai bungaan dan sayuran.
Muhammad Fahim kesayangan...
Saya dan isteri...
(Ps : Nak pergi pastikan brek kereta dalam keadaan baik. Tayar juga kena pastikan dalam keadaan baik. Di sana memandu di kawasan berbukit, tayar memerlukan cengkaman yang baik)
saya paling last pergi cameron masa tahun 2000 kot. hoih punya lama
ReplyDeleteeh takde sourvenir ke. ala kita kan kawan senegeri
hikhikhikhik
*baik punya kecek ni*
hahaha
assalamualaikum bro..
ReplyDeletepasar malam brinchang tue mmg sesak banget kan...aku pun pernah alaminya pasa naim cameron ari tue..
apepun, aku rasa cameron mmg ok dan masih sejuk lg cuma kesesakan yg buat kita rasa tak seronok huhuhhhh
Sy pun kurang gemar. Tp klu na share cite jln2, ape salahnya...Hiks!
ReplyDeletegambar teh je?Bunga ros takde?huhu..
ReplyDeleteSaya pun tak ingat bila kali terakhir pergi sana..orang kata Fraser Hills sejuk lagi..wallahualam...
LYA : KAMU LAMBAT MINTA LA.. CENDERAMATA UTK RAKAN PEJABAT SAJA YG SAYA INGAT.. KALAU ADA TERLEBIH KE, BOLEH SAYA BERI.. ;)
ReplyDeleteSAHROM : WSALAM...
ReplyDeleteC.H MEMANG SEJUK LAGI TERUTAMA PETANG MENJELANG MALAM DAN PAGI..
FARA : AWAK TU PUN SESEKALI CERITALAH PASAL PERCUTIAN AWAK..
ReplyDeleteAIRANIEZ: AAH YE.. KENAPA SAYA TAK JUMPA BUNGA ROS..?
ReplyDeleteCH terkenal dengan teh....
ReplyDeletetapi tada 'teh tarik' yg sedap di sana...
hehe
GEDEK : BANG, TEH TARIK KAT LADANG BARAT HARGANYA RM3.50 SEGELAS.. BIASA2 JE RASA DIA.. SIAP LALAT MASUK LAGI.. MINUM TAK HABIS LE..
ReplyDeleteperghhh.. jenjalan ke cameron.. best tuuuuuuuuuuu.. ^^,
ReplyDeleteAs-salam FAIRUS
ReplyDeletePak Temuk mohon izin singgah. Seronok baca cerita cuti famili muda ke tanah tinggi tu. Masalah kesesakan di CH memang tak menyeronokkan. Saya pun baru ke situ. Ada satu entri yang saya buat baru-baru ini berkaitan CH. Insya-Allah ada yang keduanya kemudian. Ketemu lagi!
FTR : BIASA-BIASA JE.. ;)
ReplyDeleteWSALAM PAK TEMUK.. YA BENAR, KESESAKAN MEMBUATKAN KITA RASA KURANG NAK SERONOK.. ;)
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERNA SINGGAH..
baru semalam aku g ipoh...tak masuk la pulak aku simpang ke cameron highland...tak pernah g pun..mungkin belum masanya..duu pun belajar kat ipoh, tak pernah juga nak singgah ke sana
ReplyDeletekawan aku ada gtau cameron dulu ngan sekarang dah tak sama..kan dah pernah masuk TV3 banyak penebangan kat sana..mungkin sebab tu la kot suhunya meningkt sekarang..hmm...
AMRY : CAMERON KIRA OKEY2 SAJA..
ReplyDeletesimpan lagi gambo darjah 6, good!
ReplyDeletetpi mmg byk beza cameroon dulu dan sekarang kan..
MAMANORIZ : GAMBAR TU DAPAT DI MUKABUMU.. KAWAN YANG TANDAKAN SAYA..
ReplyDeleteKalau ke CH lagi jangan lupa lawat Galeri Aromaterapi Nano Mikro-fungus House of Magic Potions di Taman Royal Lily Tanah Rata. Page link di www.deegate.com
ReplyDeleteANON : OK.. NEXT TIME..
ReplyDelete