Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini 3 Disember 2011 mengingatkan saya pada sesuatu. Bukanlah penting sangat, tetapi ianya satu kejayaan yang amat baik saya buat masa ini. Kejayaan tersebut bukanlah kerana saya naik pangkat, naik gaji tetapi sebenarnya kejayaan berhenti merokok yang telah masuk dua bulan.
Penulisan ini juga didorong dari rasa ingin tahu seorang penulis blog iaitu Fara yang ingin mengetahui keputusan saya yang sedang berusaha berhenti merokok.
Inilah komen dari Fara di penulisan saya yang bertajuk Sedang Berusaha Berhenti Merokok.
Terima kasih diucapkan kepada pembuat ubat berhenti merokok iaitu NiQuitin yang sedikit sebanyak telah mengurangkan ketagihan saya kepada rokok. Namun begitu, sebenarnya NiQuitin ini tidaklah dikatakan 100% boleh membuatkan seseorang berhenti merokok, tetapi apa yang perlu ada ialah keazaman dan kesungguhan. Kalau tiada keazaman dan kesungguhan, rasanya kita makan apapun tetap akan merokok kembali.
Inilah rupa bentuk NiQuitin ini. Satu papan mengandungi 12 biji, tetapi saya hanya makan tujuh biji sahaja. Betullah sepertimana dalam iklan dalam televisyen yang mengambarkan kelebihan NiQuitin ini.
Terima kasih juga kepada mereka ini yang juga memberikan dorongan dan komen yang berguna dalam menyokong usaha saya berhenti merokok iaitu :
ANON
ABANG LONG SAYA
Erm... Masih mahu berkongsi lagi. Sebenarnya amat sukar juga untuk berhenti merokok. Walaupun saya sudah berhenti merokok selama 2 bulan ini, perasaan ingin merasa semula rokok tetap ada. Tetapi saya cuba cekalkan diri agar tidak terlibat lagi dalam aktiviti merokok.
Dulu orang kata, kalau berhenti merokok, satu hari kita akan mengalami batuk yang teruk. Ya, memang. Dalam masa kira-kira selepas 3 ke 4 minggu saya berhenti merokok, saya mengalami batuk selama seminggu yang agak teruk juga. Rasa seperti mahu tercabut jantung pun ada. Siang malam batuk, tetapi yang teruknya di waktu malam, ketika tidurpun batuk juga.
Sekarang Alhamudulillah tidak batuk lagi. Harapan saya pada diri sendiri supaya terus berjaya dalam usaha berhenti merokok. Saya sedar ia membahayakan kesihatan, bukan saya sahaja malahan orang disekeliling saya. Merokok juga pastinya merugikan wang ringgit. Sekiranya satu hari kita membelanjakan RM10.00 untuk sekotak rokok, sebulan bererti kita membelanjakan RM300.00 untuk membeli rokok.
Akhir kata, syukur kepada Allah SWT kerana membuka hati saya ini untuk berhenti merokok dan dipohon agar Allah SWT menguatkan lagi hati ini untuk terus berhenti merokok.
Dulu orang kata, kalau berhenti merokok, satu hari kita akan mengalami batuk yang teruk. Ya, memang. Dalam masa kira-kira selepas 3 ke 4 minggu saya berhenti merokok, saya mengalami batuk selama seminggu yang agak teruk juga. Rasa seperti mahu tercabut jantung pun ada. Siang malam batuk, tetapi yang teruknya di waktu malam, ketika tidurpun batuk juga.
Sekarang Alhamudulillah tidak batuk lagi. Harapan saya pada diri sendiri supaya terus berjaya dalam usaha berhenti merokok. Saya sedar ia membahayakan kesihatan, bukan saya sahaja malahan orang disekeliling saya. Merokok juga pastinya merugikan wang ringgit. Sekiranya satu hari kita membelanjakan RM10.00 untuk sekotak rokok, sebulan bererti kita membelanjakan RM300.00 untuk membeli rokok.
Akhir kata, syukur kepada Allah SWT kerana membuka hati saya ini untuk berhenti merokok dan dipohon agar Allah SWT menguatkan lagi hati ini untuk terus berhenti merokok.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Mahu berhenti merokok? Hubungi saya segera!
dah 2 bulan yer bro..satu tempoh yang lama tu bagi seorang perokok...moga terus success.
ReplyDeletebetul kata ko...bagi la ubat apa pun,kalau keinginan tu ada,susah juga.tapi kalau nekad tu ada tuk berhenti,tak payah pakai ubat pun boleh kan. Tahniah bro. Aku sokong walaupun aku sendiri masih bergelar perokok...heee...
Pernah cuba berhenti merokok...demam semacam.kepala rasa macam nak meletup jer.huh!!tapi bia berhenti, try balik sebatang,kirim salam.bertambah kuat jadinya.
panjang aku komen kali ni...hee
syukurlah kalau dah berhenti. rokok bukan bagus utk kesihatan. kesan sampingan berhenti merokok tu mungkin disebabkan badan yang terlalu bergantung dgn dadah dlm rokok tu.
ReplyDeleteWanita tidur dengan khinzir kerana seni?
AMRY : KOMEN KAU BELUM CUKUP PANJANG LAGI KERANA BELUM SAMPAI DUA MUKA SURAT :)
ReplyDeleteAPA-APAPUN TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN DAN DORONGAN..
KYUUBI : TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN PANDANGAN KAMU DI SINI.
ReplyDeletewah.. satu permulaan yang baik.. Alhamdulillah.. semoga terus istiqamah..
ReplyDeletekatakan TAK NAK kepada rokok...
hehehe.. =]
FTR : INSYAALLAH TAALA...
ReplyDeletemahal kan Niquotin tu?
ReplyDeletesemoga niat baik dipermudah kan...
MAMANORIZ : SAYA TAK PASTI HARGANYA. ORANG RUMAH YANG BELIKAN..
ReplyDeletesyabas! teruskan usaha murni anda!, sememangnya merokok merbahayakan, jika pada diri sendiri lain cerita, tetapi jika pada orang sekeliling, ianya menyakitkan hati...
ReplyDeleteiaryylr : TERIMA KASIH.. YA BETUL TU..
ReplyDeleteSaya juga dah berhenti merokok sejak hari raya aidilfitri yg baru berlalu Ogos dulu. Alhamdulillah keinginan utk merokok telah hampir hilang sama sekali. Cuma kesan sampingan sedikit-sedikit seperti kadang kala sakit dada sedikit seperti byk kahak, nafas kadang kala seperti tak puas tapi buka asma, mmg saya takde asma, satu lagi saya selalu sangat selsema dan kahak ada campuran seperti jelaga hitam. Ini agak menakutkan, tetapi ianyakesan biasa dari perokok yg berhenti merokok. Sabar sedikit sahja dgn kesan sampingan tu, sedangkan nikmatnya lebih. saya amat2 berpuas hati sebab ini sebenarnya cubaan kedua saya untuk berhenti setelah setahun yang lalu. Kali ni berjaya insyaAllah. AlhamdulilLah!
ReplyDeleteSEMOGA KAMU TERUS BERJAYA BERHENTI MEROKOK..
DeleteTeruskan berusaha untuk berhenti merokok.
ReplyDeleteSaya sendiri sudah hampir 3 tahun berhenti merokok...
Anda boleh cuba kaedah semula jadi untuk berhenti merokok boleh layari http://jomhenti.webs.com/
ianya mudah, selamat dan berkesan. Terbukti berkesan!
THANKQ..
Delete2 bulan lebih brenti tp tak da plak batuk. Hairan gak. Simptom lain dah makin baik.
ReplyDelete2 bulan lebih brenti tp tak da plak batuk. Hairan gak. Simptom lain dah makin baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga terus Istiqomah.
DeleteSemoga tuan terus istiqamah ya. Tahun 2017 ni macam mana, ada withdarawl symptoms lagi ke?
ReplyDelete