Sunday, November 27, 2011

PENUMPANG TIDAK DIUNDANG





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah atau tidak sesuatu berlaku pada anda semua apabila ada orang menahan kereta anda dan ingin menumpang ke suatu destinasi? Mungkin ada yang pernah dan mungkin juga tidak pernah mengizinkan orang tersebut untuk menumpang kereta kita. Iyalah, kita tak tahu hati budi orang tersebut. Orang baikkah.. Orang Jahatkah... Lainlah kalau kita mengenali orang tersebut.

Hendak dijadikan cerita, malam tadi dalam pukul 7.00 lebih, saya pergi ke bank untuk mengeluarkan wang di mesin ATM. Sejurus keluar dan baru hendak bergerak pulang ke rumah, ada 2 orang muda lelaki dan wanita berbangsa Cina telah menahan kereta saya dan ingin menumpang ke Jalan Hang Tuah, Melaka. Saya dalam masa itu, melihat orang tersebut atas bawah dan bertanyakan dia dari mana, nak ke mana, kenapa mahu tumpang dan sebagainya. Setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, lalu saya tumpangkanlah dua orang tersebut. Erm.. Padahal rumah saya di kawasan bank itu saja. Tak pasal-pasal kena hantar mereka ke destinasi yang lebih kurang 15 minit dari rumah saya.

Mereka berdua ni datang dari Johor Bahru ke Melaka untuk bercuti. Disebabkan mereka menunggu bas atau teksi yang tidak muncul tiba mereka telah mengambil keputusan untuk menahan kereta untuk ditumpangkan. Dalam perjalanan saya banyak juga berbual-bual dengan mereka tapi malangnya mereka seperti tidak faham apa yang saya bualkan atau mereka memang tidak mahir sangat bahasa Melayu. Yang banyak menyampuk cakap saya ialah yang wanita tetapi dia seorang yang sengau. Saya pula yang tak faham apa yang dia cakapkan.

Dalam perjalanan, saya juga sempat berfikir, kalaulah mereka ini orang jahat bagaimana? Lelakinya duduk disebelah saya, manakala yang wanitanya duduk di belakang saya. Saya asyik berfikir, kalaulah si wanita tu hulurkan pisau ke leher saya, apa yang perlu dilakukan? Berfikir lagi, elok saja kalau saya turutkan apa yang dimahukan. Kalau dia nak duit ke apa ke, beri sajalah. Namun begitu saya lebih berfikir positif dan berbaik sangka yang mereka ini bukanlah orang jahat.

Dalam berbual, berfikir yang itu ini akhirnya destinasi yang dituju sampai jua. Dengan mengucapkan terima kasih mereka turun dan berlalu pergi. Dalam hati saya rasa selamat saja. Nasib baiklah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Syukur alhamdulillah...

(Moralnya : Terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada mahu atau tidak menumpangkan orang yang menahan kereta kita untuk ditumpangkan. Maklumlah, sekarang ni orang yang nampak baikpun jahat sebenarnya)

6 comments:

  1. Sesuatu yang tidak sangka dan apa-apa pun boleh berlaku.

    ReplyDelete
  2. AKUBIOMED : TU LA PASAL.. AKU LAK GATAL PERGI TUMPANGKAN.. NASIB BAIK TAKDE APE2 YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU..

    ReplyDelete
  3. lelaki takpe kot. kalau perempuan, baik jgn sewenang2 bagi org tumpang. bahaya wooo. saya pernah dulu, last year, balik dari pasa malam pergi draw duit, sekali masa nk bukak pintu kereta, ada sorg india dtg mintak 10hengget,dia kata x de duit nk blk. pastu sy takut, sy cakap la 'takde2', terus masuk kete, lock, terus jalan. pastu baru saya terfikir, ntah2 betul dia susah. rasa bersalah plak. huhuuhu

    ReplyDelete
  4. berani la kau ni fairus..
    kan dah jd macam2 kes skang..
    u are lucky this time..
    baik2 di masa hadapan!

    ReplyDelete
  5. LYA : KEBETULAN MALA SELEPASNYA SAYA KE MAYBANK KELUARKAN DUIT. ADA SEORANG INDIA BERDIRI SEMASA SAYA KELUARKAN DUIT DAN MINTA DUIT. KATANYA DIA SUSAH, NAK BERI ANAK MAKAN... ADUHAI..

    ReplyDelete
  6. MADAM LALA : BERANI KERANA BENAR KOT.. ;)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.