Wednesday, November 16, 2011

KAPAL SELAM SELAMAT SAMPAI KE MELAKA








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gambar menunjukan kapal selam Ouessant (kelas Agosta) sedang diangkut ke daratan Dataran 1 Malaysia, Klebang Besar, Melaka. Kapal selam ini telah dibawa belayar dari Brest, Peranchis ke perairan Melaka dengan pengangkutan Felda Transpot Services Sdn. Bhd.

Sebelum ini saya telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan perincian penubuhan muzium kapal selam ini. Sila baca di sini untuk mengetahuinya. Namun, kerja saya tidak selesai kerana saya bertukar unit dari Unit Pemuziuman ke Unit Konservasi. Apa boleh buat, di tempat saya bekerja memang mengamalkan sistem pertukaran unit yang bertujuan untuk memahirkan semua kakitangan dalam setiap aspek pengurusan muzium. Jadinya, mana-mana bahan rujukan dan sedikit penulisan yang saya telah buat dulu (baru sedikitpun), saya serahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab, manalah tahu, ianya boleh membantu.

Harapan saya untuk melihat penubuhan muzium ini berjaya. Saya amat yakin, ianya bakal membawa tarikan yang besar kepada negeri Melaka setanding dengan muzium-muzium terkenal di negeri Melaka seperti Muzium Sejarah, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan juga Muzium Samudera (Kapal Flor De La Mar)

Sumber gambar : Facebook Perbadanan Muzium Melaka

17 comments:

  1. Woah...menariknya *Muzium Kapal Selam*..Kena bersihkan dulu ke kapal ni? Berapa saiznya?Dulu kawan saya praktikal di Muzium Negara, dia kena bersihkan Kereta api lama kat muzium tu.haha

    ReplyDelete
  2. AIRANIEZ : DULU MASA SAYA BUAT PENULISAN PASAL MUZIUM KAPAL SELAM AWAK ADA KOMEN JUGAK KAN.. INGAT TAK? KAPAL PASAL BERSIH MEMBERSIH TU MESTILAH PERLU.. KENA BUANG KARAT2 DIA, BUANG BATU2 KARANG KALAU ADA YANG MELEKAT.. LEPAS NI MUNGKIN AKAN DICAT SEMULA..

    YANG MEMBER AWAK BERSIHKAN KERETAPI DI MUZIUM NEGARA TU MUNGKIN SALAH SATU DARIPADA PEMBELAJARAN KAEDAH KONSERVASI..

    ReplyDelete
  3. AIRANIEZ : NAK TAHU SPEKNYA BOLEH LIHAT SINI ---> http://wadahpanglima.blogspot.com/2011/11/muzium-kapal-selam-bakal-julang-perzim.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WadahPanglima+%28Wadah+Panglima%29

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tengok ni bro... dapat duduk kat kerusi kapten sekejap jadi ler

    ReplyDelete
  5. kapal selam ni dalam dia cantik lagi tak?

    ReplyDelete
  6. PANGLIMA : AKU DAPAT PEGANG PUN JADILAH..

    - FAIRUS (MALAS NAK LOG IN)

    ReplyDelete
  7. FAIZ : DALAM DIA RASANYA DAH TAK CANTIK LAGI..

    ReplyDelete
  8. kapal selam adalah kenderaan yg sya teringin sgt2 nak naik tpi mmg tak dpt lah kan...huhuuu

    ReplyDelete
  9. MAMANORIZ : YE KE NI? BETUL BERANI NAK NAIK KAPAL SELAM? MENURUT SEORANG MEJAR, ADA SATU CERITA YANG AHLI KAPAL SELAM PANIK HINGGA MAHU MEMBUKA PINTU KAPAL SELAM SEMASA DI DASAR LAUT SEHINGGAKAN DIA TERPAKSA DISUNTIK UNTUK PENGSANKAN DAN BAWA DIA KE PENGKALAN...

    ReplyDelete
  10. t'ingin nak rase pengalaman naik kapal selam. camne la agaknye kan?

    ReplyDelete
  11. hebat la bro...buat kertas kerja penubuhan muzium kapal selam..

    nnti bila wujud muzium tue, tentu bro bangga kerana ia adalah hasil kerja keras bro kan..

    syabas ya...

    ReplyDelete
  12. ARELEEZ : DAH SIAP NANTI LEH LA NAIK..

    ReplyDelete
  13. SAHROM : MUZIUM KAPAL SELAM TAK BANYAK YANG AKU MAINKN PERANAN. HANYA DI AWAL2 PERANCANGAN SAJA. MEETING TU, MEETING NI.. NAK TAU HASIL TANGAN AKU IALAH MUZIUM PENGANGKUTAN MELAKA..

    ReplyDelete
  14. actually aku tak sabar nk g tgk..kakakaka

    ReplyDelete
  15. MADAM : SABAR.. BARU SAMPAI KLEBANG NI.. PETANG NI AKU G SANA SEBAB ADA MAJLIS DOA SELAMAT SIKIT...

    ReplyDelete
  16. wah.. Alhamdulillah.. tak sabar pulak nak pergi... beruntungnya kami di negeri Melaka.. ada muzium macam ni.. asyik tenung muzium samudera aje.. kali ni nak tenung muzium kapal selam pulak lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  17. FTR : BUAT MASA NI DIA BUKA KEPADA PENGUNJUNG UNTUK LIHAT LUARANNYA SAHAJA.. LEPAS DAH SIAP BUAT MUZIUM BARULAH BOLEH MASUK DALAM..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.