Friday, November 11, 2011

11.11.11 APA ERTINYA PADA DIRI KITA SENDIRI???





Sebelas November Dua Ribu Sebelas @ 11 November 2011 @ 11.11.11 @ 11/11/11... Semua sama saja maknanya. Hanya sekadar nombor yang cantik dan menarik. Maka ramai dan berduyun-duyunlah warga tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bajau, Orang Asli dan sekalian amat teruja untuk melangsungkan pernikahan dan perkahwinan pada tarikh ini. Alasannya ialah nombornya cantik. Mudah diingat.

Ada juga syarikat mahupun jabatan kerajaan yang membuat acara besar pada hari ini bagi menjadikan majlis tersebut terus diingati. Misalannya di Melaka sekarang Yang DiPertuan Agong Malaysia telah mencemar duli untuk berangkat ke negeri Melaka bagi menyempurnakan perasmian Masjid Universiti Teknikal Malaysia Melaka iaitu Masjid Saidina Abu Bakar pada sebelum solat Jumaat sebentar tadi.


Namun itu hal orang lain. Apakah erti atau perbuatan yang perlu kita ingat semasa 11.11.11 bagi diri kita sendiri? Mungkin ada yang istimewanya, mungkin ada yang dukacitanya. Jadinya, cuba-cubalah kita fikirkan.

Bagi diri aku sendiri 11.11.11 adalah :

a) Pagi sibuk dengan kerja di pejabat, tetapi pada pukul 12.00 sudah balik rumah.

b) Sempat buatkan surat isteri untuk mohon cuti tanpa gaji selama sebulan. Isteri sedang baru hamil. Tekak loya semacam. Dulu sudah dua kali keguguran, harap dia dapat rehat dulu di rumah.

c) Pukul 3.00 petang ada perlawanan Bola Tampar sempena Sukan Antara Jabatan Kerajaan Negeri Melaka. Lawan dengan Pejabat Daerah Alor Gajah. Pergh.. Kalah.

d) Malam ada perlawanan lagi. Lawan Jabatan Kerja Raya, pun kalah lagi. Dah leading pun kalah juga.

Erm.. Inilah saja yang mungkin aku akan ingat tentang peristiwa 11.11.11 untuk diri aku sendiri. Yang lain pula apa ceritanya yang boleh diingat sempena tarikh 11.11.11?

24 comments:

  1. bagi aku, 11/11/2011... buat kali pertamanya aku dapat salam dengan SPB Yang DiPertuan Agong sebanyak 3 kali... entah bila la lagi dpt rasa camtukan... tp sayang xde gambar

    ReplyDelete
  2. 11.11.11 aku pun bz dgn YDP agong..

    ReplyDelete
  3. 11.11.11... duduk rumah.. makan banyak selagi boleh.. hahaha..

    semoga selamatlah isteri bro fairuz tu.. memang kena jaga dengan baik tu..

    ReplyDelete
  4. ANON : WOW.. SAMPAI 3 KALI SALAM AGONG... MESTI BEST...

    ReplyDelete
  5. MADAM : PERGH.. ORANG KUAT LA KATAKAN...

    ReplyDelete
  6. FTR : WAH.. MAKAN JE KE..? JAGA2 SKIT MAKAN TU.. KENA KAWAL..

    ReplyDelete
  7. bro mesti power main bola tampar ni..

    ReplyDelete
  8. FAIZ : KALAU POWER TAKKAN BOLEH KALAH.. ;p

    ReplyDelete
  9. 11.11.11
    11.11pm..Saya tidur..qada' tidur sbb mlm sebelumnya stay up sampai pukul 4 pagi..huhu

    baiknya encik Fairus taipkan surat Mc utk Puan Isteri..Semoga dipermudahkan..amin`

    ReplyDelete
  10. Tahniah! tak lama lagi akan bertambahlah ahli keluarga yer....semoga isteri Fairus dapat bertahan dengan alahan yang sedang dialaminya. Biasanya 3 bulan ajer, lepas tu okeylah. Semoga dipermudahkan.....

    ReplyDelete
  11. AIRANIEZ : BANYAK KEJE EK. SAMPAI PUKUL 4 TIDO...

    ReplyDelete
  12. EMPAYAR UTAMA : JANGAN SAMAKAN DENGAN HARI YANG LAIN... JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM...

    ReplyDelete
  13. CIKGU TIE : HARAP SELAMATLAH SEMUANYA...

    ReplyDelete
  14. SUDIPVSSENDUK : YA.. BEGITULAH GAMAKNYA..

    ReplyDelete
  15. tahniah bro!!! selamat bergelar bapa untuk kali kedua ya :-)

    ReplyDelete
  16. SAHROM : TQ.. MUGA DIPERMUDAHKAN...

    ReplyDelete
  17. wah syukurrrr....

    tambah quoto ek? eh salah, anak ek...hihihi

    jaga wife baik2 tau!

    ReplyDelete
  18. saya makan banyak takper.. still maintain je.. hahaha..

    ReplyDelete
  19. FTR : KALAU MAINTAIN BODY OK LAH.. BUKAN YANG TU YANG DIMAKSUDKAN.. SEBENARNYA KENA KAWAL SUPAYA TIDAK DATANG PENYAKIT.. ;)

    ReplyDelete
  20. tarikh 11.11.11 bg deela pulak adalah last day kat opis lama setelah 4thn bekerja kat situ!! sedih tinggalkan kawan2...
    tahniah bro fairus wife mengandung! jaga baik2 wife tu :)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.