Wednesday, October 12, 2011

MASYARAKAT CINA, INDIA HARUS BACA INI





"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain."

Tun Tan Siew Sin (30 April 1969)

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunya 88 peratus daripada pengundi yang menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak di terima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon, mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata "kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. seperti saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain daripada Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda, ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya gembira di sini."

Tun V.T Sambanthan (1 Jun 1965)

Ps : Bukanlah mahu mengajar tetapi pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India dahulu lebih menyanjungi orang Melayu kerana orang Melayulah banyak membantu mereka dalam segenap hal sehingga mereka dapat berjaya seperti sekarang. Jadinya, orang-orang Cina dan India sekarang haruslah lebih sedar dan banyakkan berterima kasih. Jangan sombong walau sudah kaya raya. Ingat, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Aku Cakap (12 Oktober 2011)

6 comments:

  1. MAMANORIZ : JAWA PUN JAWALAH JANJI ROCK... :)

    SAYA ADA CAMPUR CINA PLAK... ARWAH DATUK KETURUNAN CINA...

    ReplyDelete
  2. saya pun melayu jawa....hidup melayu bro...

    ReplyDelete
  3. SAHROM : KIRANYA KO SATU KEPALA DENGAN MAWI WORLD LA NI..

    ReplyDelete
  4. tak dapat komen kesopanan budak melayu pada hari juamaat... komen disini saja ya :). Memang sekarang kita mudah lihat ramai remaja kemelayuan yang kurang sopan berbanding waktu dulu, dan sudah baik mereka ini di anggap kurang sopan, sebab kalau ikutkan dulu istilah yang tepat 'kurang ajar'... ini kerana sikap kurang kesopanan yang di tunjukkan di mata orang tua-tua menggambarkan. perilaku, perwatakkan, masa depan ... adakala menjadi pertanyaan 'anak siapalah ini?' ... apapun fikir fikirlah diri kita, anak-anak kita.... . Syabas Tuan Blog.. entri yang menarik :)

    ReplyDelete
  5. IARYYLR : BANG, TERIMA KASIH KERANA KOMEN DI SINI WALAUPUN SALAH TEMPATNYA... ;)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.