Wednesday, September 21, 2011

SEBAB MUSABAB MALAYSIA KALAH KEPADA JEPUN

Malaysia kalah pada Jepun? Biasalah, memang dah agak. Begitulah perkataan yang mungkin keluar dari mulut kita sebelum perlawanan bermula lagi. Erm.. Memang kalau dilihat dari perlawanan sebentar tadi, memang seperti langit dengan bumi. Terlalu jauh bezanya perlawanan antara 2 pasukan ini.

Dalam pemerhatian yang dijalankan dari perlawanan tadi, bolehlah dikatakan bahawa :

1. Pemain Malaysia takut / tidak mahir mengawal bola sehingga sering kehilangan bola dari kaki.

2. Hantaran-hantaran pemain Malaysia tidak tepat dan sering tersangkut di kaki lawan.

3. Sepatutnya Kapten diserahkan kepada pemain yang berada di tengah padang bagi memudahkan arahan Kapten didengari oleh setiap pemain Malaysia. Khairul Fahmi selaku penjaga gol terlalu jauh untuk memeberikan arahan.

4. Agak defensive dan hanya menunggu serangan dari pihak lawan. Hanya sesekali sahaja serangan yang dapat dibuat.

5. Sudah memang terang lagi bersuluh yang pasukan Jepun jauh lebih hebat dari pasukan Harimau Malaya.

Apa-apapun, syabas juga diucapkan kepada pemain Malaysia kerana bermain dengan berhempas pulas supaya Jepun tidak menjaringkan banyak gol. Gol 2 - 0 tu kira oklah juga dari teruk dibelasah. Syabas Malaysia. Malaysia boleh. next time kena usaha lebih lagi.



10 comments:

  1. tu la pasal... jauh sakan beza malaysia ngan jepun tu

    ReplyDelete
  2. aku harap sir alex ferguson cepat2 sambar si khairul fahmi tue...baru manchester makin mantop huhuhuhhhh

    p/s: thanks bro for d hotel info..really appreciate 4 ur cooperation...

    ReplyDelete
  3. KBLOG : DAH BETUL LA TU, JAUH SANGAT PERBEZAAN PERMAINAN ANTARA MALAYSIA DAN JEPUN...

    ReplyDelete
  4. SAHROM : KALAU MAN. UTD. AMBIL KHAIRUL FAHMI, MEMANG TERBAIK LAH...

    PASAL HOTEL TU, NO PROBLEM BRO.. KERJA SENANG JE TU..

    ReplyDelete
  5. Ada je alasan boleh kita bagi kan? Tak apalah, yg penting syabas Malaysia kerana mereka tetap melawan walau kalah.

    ReplyDelete
  6. M.F : MANUSIA HIDUP MEMANG PENUH DENGAN ALASAN...

    ReplyDelete
  7. org cakap match semalam match sebelah padang je...

    ReplyDelete
  8. FAIZ : TU LA PASAL.. ASYIK JEPUN SERANG JE...

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.