Entry ini ditujukan kepada kawan-kawan yang masih belum tahu akan kelebihan blog selain daripada sekadar blog sahaja. Mungkin ada diantara kita masih belum tahu tentang adanya punca duit dengan blog. Atau ada yang tidak tahu apa-apa pasal blog, bolehlah cuba-cuba mencipta blog dan cuba juga peroleh pendapatan sampingan dengan blog.
Dalam pemerhatian, ada juga terdapat blog-blog yang tiada membuat pengiklanan atau apa-apa punca kewangan di dalam blog mereka. Ini sama ada mereka sengaja tidak mahu berbuat begitu ataupun sememangnya mereka tidak tahu akan adanya punca-punca kewangan ini.
Oleh itu, di sini ingin dikongsikan serba sedikit apa yang boleh membuatkan kita memperoleh pendapatan sampingan dengan blog. (Mungkin ini sudah sering diketahui oleh mana-mana blogger yang sememangnya sudah tahu)
1. GOOGLE ADSENSE
Google, rasanya semuanya tahukan? Syarikat yang besar. Mereka ini juga peroleh pendapatan melalui penjualan ruang iklan. Jadinya, bagi menyebarkan iklan-iklan tersebut, mereka juga memberikan peluang pada para pemilik blog untuk menyebarkan iklan mereka. Sekiranya kita mahu menyiar iklan mereka, perlulah memohon dari mereka dengan mendaftar di Google Adsense dan kita boleh perolehi pendapatan dalam bentuk USD apabila seseorang mengklik iklan di blog kita. Tapi biasanya bukan mudah bagi blog berbahasa Malaysia untuk mendaftar di Google Adsense, biasanya mereka akan berikan kepada blog yang ada kandungan berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang diterimanya.
2. PROGRAM AFFILIATE
Terdapat banyak program affiliate yang terdapat di internet. Pilih sahaja mana yang kita mahu. Kita akan peroleh komisen di atas jualan barang-barang di laman web yang menganjurkan program affiliate ini sekiranya kita mendaftar dan mempromosikan barangan mereka di blog kita. Barang-barang jualan yang biasa terdapat dalam pasaran internet seperti e-book, peralatan komputer, web hosting dan pelbagai barangan lagi.
3. JUAL E-BOOK
Penjualan E-book atau electronic book juga merupakan salah satu cara untuk kita perolehi pendapatan melalui blog. Sekiranya kita berjaya menjual suatu e-book melalui blog kita, kita akan perolehi komisen yang tertentu oleh pemilik e-book tersebut. Seperti program affiliate, e-book juga terdapat pelbagai dan banyak di pasaran. Cuma kita pilih sendiri mana yang sesuai untuk kita jual di blog kita.
4. PENGIKLANAN SYARIKAT PERSENDIRIAN
Selain daripada Google Adsense, ada terdapat banyak lagi syarikat-syarikat pengiklanan persendirian yang menawarkan iklan untuk dipasang ke blog kita. Iklan-iklan yang dipasang ke blog kita akan dibayar melalui jumlah pengunjung yang datang ke blog ataupun pengunjung yang klik ke blog kita. Ini bermaksud, semakin ramai pengunjung ke blog kita, semakin besarlah harapan untuk medapatkan pendapatan yang tinggi. Sebagai contoh terdekat iklan yang ada dalam blog ini ialah dari syarikat Nuffnang, dan ada lagi syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan yang sama.
5. PENJUALAN / SEWAAN RUANG IKLAN
Kita juga boleh menawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk meletakkan ruang iklan di blog kita. Kita boleh meletakan banner atau apa-apa link individu tersebut ke blog kita bagi mempromosikan barangan yang mereka jual. Kadar bayaran jualan / sewaan ruang iklan ini terpulang pada pemilik blog. Kebiasaanya bagi membuat penjualan / sewaan di dalam blog ini ialah bagi blog-blog yang mempunyai pengunjung yang ramai.
Setakat ini saja yang dapat dikongsikan. Pastinya ada banyak lagi cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog. Tapi, ada juga berblog ini sebagai kerja utama atau pendapatan utamanya (ini pada problogger). Pada mereka yang masih belum tahu tentang apa yang dinyatakan di atas harap dapat ilmu yang dikongsikan ini. Bagi yang sudah tahu, anggaplah ia sebagai refresh kembali ilmu yang ada.
Sy bersederhana dlm berblog. Duit itu sampingan. Tak nak terlalu mengharap. Sy tak dpt nak bg komitmen lebih pd blog semata duit. Huhuhuhu!
ReplyDeletealhamdulillah bro...
ReplyDeleteblog aku suam2 kuku je..ada gak member yg mintak tlg aku promotekan produk mereka mcm fotographer tue..
aku tolong kawan je...
yang penting, aku dpt berkarya kat blog..leh kuarkan pendapat aku kat blog..
sori bro, aku tak dpt nak bagitau ko kat ne aku kjer atas faktor2 keselamatn huhuhuh..
p/: ape fesbuk ko?? aku punya taip je sahrom nasrudin...
MOMMY FARA : SAYA PON BERSEDERHANA JUGAK.. SUKA2...
ReplyDeleteSAHROM : OK LA TU BRO, TOLONG KAWAN..
ReplyDeleteblog aku dah lama takde earning..huhu
ReplyDeleteBLOG AKU 3 BE SEDANG MENARI2 NI.. :)
ReplyDeletewaa.. bestnye.. ^^
ReplyDelete-belanja makan bleh?-
http://bulatmata.blogspot.com/
RINSYARYC : BOLEH.. DATANGLAH MELAKA...
ReplyDeleteberblog untuk isi masa lapang ajer. Tak dapat beri komitmen untuk buat duit.huhuhu...
ReplyDeleteCIKGU TIE : BETUL TU.. KITA BUKA PRO BLOGGER CARI MAKAN DENGAN BERBLOG KAN..?
ReplyDeletesaya ada beberapa blog,saya tahu blog boleh mendatangkan duit.saya juga ada membuat perniagan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan,pernah membeli buku untuk menjadi seorang bloger.boleh tak ajar saya untuk menjadi seorang bloger yang berjaya
ReplyDeleteZULKARNAIN : NAK JADI BLOGGER YANG BERJAYA? SUKAR NAK JAWAB TU.. SAYA SENDIRI PON BELUM BERJAYA LAGI.. CUMA ADA SEDIKIT ILMU TU LAH YANG SAYA KONGSIKAN...
ReplyDeletejust nk share,member saya join nie(http://bit.ly/q7adSe) n skarang dah pakai kereta hinda civic dahh... jelesssss kut..grrrrr
ReplyDeleteOFAZ : OK2..
ReplyDeletesinggah untuk followw~~ hope bleh ajaq lebih detail lagi pasai buat duit guna blog :)
ReplyDeleteSHAMIR : INSYAALLAH.. BOLEH..
ReplyDeleteentry yg bagus dan sangt berguna, so pape pon jom la singgah blog sy.... hrap dapat sokongan yg jitu gitu hahaha....
ReplyDeletehttp://tintabogoroyo.blogspot.com
EEIN : OK.. OK. INSYAALLAH..
Deletesinggah sahurrr
ReplyDeleteSUN SHINE : DAH NAK BERBUKA DH NI.. :)
ReplyDeleteSya nak buat blog pun tak reti..ble tolg ajarkan...hehe
ReplyDeleteANON : SENANG JE BUAT BLOG..
DeleteThankz 4 this!
ReplyDeleteU R WELCOME..
Delete