Thursday, August 25, 2011

MARI KITA AJAR CINA DAN INDIA!!!

Memang tidak dinafikan bahawa di Malaysia ini masih lagi terdapat kaum Cina dan India yang masih belum fasih berbahasa Malaysia walaupun mereka sudah hidup lama di bumi Malaysia ini. Mereka bukannya tidak tahu bercakap dalam Bahasa Malaysia, tetapi sebenarnya percakapan mereka tidak sempurna dengan ditambah dengan slang bahasa masing-masing?

Salah siapa sebenarnya yang menyebabkan perkara ini berlaku? Sudah pastilah salah diri mereka sendiri kerana tidak mahu belajar menutur dengan baik. Tetapi mungkin ada silapnya juga kepada bangsa Melayu kita sendiri. Cuba-cubalah kita mengajar kaum-kaum Cina dan India ini dengan menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul. Tetapi bagaimana caranya?

Caranya ialah kita sendiri menutur dalam Bahasa Malaysia yang standard apabila bercakap dan bertutur dengan kaum lain. Kita boleh praktikan di mana-mana tempat dan ketika bagi membolehkan kaum lain mempelajari Bahasa Malaysia secara tidak langsung.

Sebagai contohnya, apabila kita pergi ke kedai seorang Cina janganlah kita bertutur "Apek... Lu kasi itu gula satu kilo, beras dua kilo..." sebaliknya kita perlulah bertutur dalam Bahasa Malaysia yang standard dan mungkin boleh menggunakan bahasa baku dengan berbunyi "Pakcik... Tolong berikan saya sekilo gula dan dua kilo beras..." Erm... nampak tak perbezaannya? Bukankah bagus begitu, kalau semua orang mempraktikan seperti ini nescaya kaum lain yang berurusan dengan kita seperti ini akan mudah mempelajari Bahasa Malaysia dengan betul.

Contohnya lainnya, sekiranya kita pergi ke kedai gunting kaum India, tak perlulah kita bertutur seperti mereka juga macam ini "aney... ini rambut kasi potong pendek aaa...." sebaliknya adalah lebih elok kita bercakap seperti ini "abang.... rambut saya perlu dipotong pendek ye..." Bukankah sedap macam ni. Kalau kita biasakan macam ini pastinya suatu hari nanti dia pun sudah pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan bagus.

Kalau kita bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan betulpun apa salahnya kan..? Bukankah Bahasa Malaysia itu indah dan penuh dengan aspek ilmu. Jadi mulakanlah bercakap Bahasa Malaysia yang standard pada kaum Cina dan India di Malaysia sebagai langkah untuk mengajar mereka bertutur dengan lebih sempurna.

(Ps : Entry ini tercipta setelah menghadiri suatu kursus baru-baru ini)



10 comments:

  1. Betul tu! Ajar mereka bercakap betul. Nie tak. Kite lak terikut-ikut. Mcm mane tu?

    ReplyDelete
  2. bila ckp dgn cina ngan india ni automatik tukar bahasa..heheh

    ReplyDelete
  3. weeee
    betol!
    kalo bukan kite bangsa melayu yg tegoo
    sape lagi kan? =]

    ReplyDelete
  4. Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdra .. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

    ReplyDelete
  5. MOMMY FARA : TU LA PASAL.. SEPATUTNYA DIA IKUT CAKAP KITA...

    ReplyDelete
  6. OK PREN...SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya...maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  8. SELAMAT HARI RAYA JUGA BUAT CIKGU TIE..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.