Friday, August 5, 2011

BULAN PUASA BUKAN BULAN UNTUK MENCACATKAN DIRI

Apabila tiba Ramadhan, ada yang seronok mahu mengambil peluang untuk menambahkan pahala dan amal. Ada juga yang bergembira kerana tak sabar-sabar nak menyambut hari raya. Namun ada juga segelintirnya yang mengambil risiko mencacatkan diri dengan bermain mercun, meriam buluh dan sebagainya.

Memang hebat kanak-kanak zaman kini. Bukan sahaja mahu bermain bunga api, malahan mahu dicubanya untuk membuat bom sendiri. Akhirnya apa yang terjadi? Jari putus dan hilang, telinga putus, kaki terbang, hidung sopak dan pelbagai lagi. Inilah dikatakan menyambut Ramadhan oleh generasi sekarang. Habis... baik-baik rupa paras elok, sudah jadi cacat. Ini namanya tiada kerja cari nahas.

Sekarang ni bukan setakat nak tunggu malam tujuh likor baru nak bermain bung api, kanak-kanak zaman sekarang, esok nak puasa, malam ni sudah mula bermain bom buatan sendiri. Pasal itulah berlakunya nahas mercun walaupun baru dua, tiga hari kita berpuasa. Lihat sajalah berita-berita berkenaan "kekreatifan" kanak-kanak sekarang sehingga habis badan mereka sendiri menjadi ujikaji di atas kreativiti mereka.

Ibu bapa dilihat perlu memainkan peranan yang penting. Janganlah manjakan anak beli bunga api atau mercun kalau kita sendiri tak mampu untuk mengawal mereka. Lagi satu, bukankah bunga api dan mercun tu bahan larangan, tak usahlah dibelikan untuk anak-anak. Kalau betul-betul nak belikan, belikan saja kmercun pop-pop yang sememangnya tak merbahaya.

Namun kalau betul-betul nak belikan juga bunga api dan mercun untuk anak-anak, pastikan kita menjaganya sama, agar kita tidak menyesal dikemudian hari.




6 comments:

  1. bdk sekarang advanced..siap bley buat bom sendiri..

    ReplyDelete
  2. ishh...bahaya tol la... kite yang mendengarnya pom rs gerun... bleyh plak bebudak ni buat bom sendiri..... xde keja...

    ReplyDelete
  3. aku nak bangga kejap bleh..aku tak pernah main meriam..takut aku...hehehe...tapi pernah perut melecur terkena bunga api..bunga api besi tu.....berlobang baju den ha..huhu...dulu kala la

    ReplyDelete
  4. Zaman dulu best je main meriam buluh letak *kabaid* dgn sedara-mara kat kampung.skrg ni kat kampung dah moden.budak2 dah pandai buat bom plak..huhu

    ReplyDelete
  5. Zaman budak-budak dulu, Cikgu Tie pun suka juga main meriam buluh kat kampung ikut kawan. Selalu kena marah dengan Atok. huhuhu....

    ReplyDelete
  6. FAIZ : SEPATUTNYA MEREKA YANG "ADVANCE" NI BUAT KILANG BINA SENJATA UNTUK MALAYSIA..

    AZANA : MENANG BAHAYA LE...

    AMRY : KO SAMALAH DENGAN AKU. WALAUPUN AKU DUDUK KAMPUNG TAPI KU TAK PERNAH MAIN MERIAM BULUH. TENGOK ORANG MAIN PUN TAK PERNAH, APAKAN LAGI NAK MAIN...

    AIRANIEZ : AWAK NI KIRANYA BUDAK2 PEREMPUAN NAKAL LA DULU ERK..? :)

    CIKGU TIE : WADUH, CIKGU PUN MAIN MERIAM BULUH DULU... NASIB BAIK TAKDE APE2..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.