Masjid adalah tempat masyarakat Islam menunaikan solat dan pelbagai aktiviti keagamaan. Masjid juga kini dijadikan tempat mengakad nikah bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Begitu juga pada hari Jumaat, masjid menjadi pusat tumpuan ramai kerana ingin mendirikan solat Jumaat dan yang pastinya hari Jumaatlah masjid dapat menerima pengunjung yang ramai setiap minggu.
Dalam menghadirkan diri untuk menunaikan solat Jumaat, kita hendaklah peka dan tidak lupa untuk memastikan kita memadamkan telefon bimbit atau menukarnya kepada mod senyap. Ini adalah kerana ia akan menganggu jemaah lain. Sekiranya telefon tersebut berbunyi pada waktu khutbah, ia boleh dimaafkan lagi, tetapi sekiranya ia berbunyi semasa jemaah sedang bersolat, bukankah ia menganggu jemaah lain untuk bersolat. Mungkin juga sesetengah jemaah tidak dapat kekusyukan dalam mendirikan solat dek kerana gangguan bunyi nada telefon bimbit.
Dalam menghadirkan diri untuk menunaikan solat Jumaat, kita hendaklah peka dan tidak lupa untuk memastikan kita memadamkan telefon bimbit atau menukarnya kepada mod senyap. Ini adalah kerana ia akan menganggu jemaah lain. Sekiranya telefon tersebut berbunyi pada waktu khutbah, ia boleh dimaafkan lagi, tetapi sekiranya ia berbunyi semasa jemaah sedang bersolat, bukankah ia menganggu jemaah lain untuk bersolat. Mungkin juga sesetengah jemaah tidak dapat kekusyukan dalam mendirikan solat dek kerana gangguan bunyi nada telefon bimbit.
Ada masjid di mana bilalnya yang akan mengingatkan makmumnya untuk mematikan telefon bimbit sebelum solat Jumaat, tetapi ada juga yang tidak berbuat demikian. Jadinya, kita sendiri mahu ingat dan tidak lupa untuk mematikan telefon bimbit semasa masuk ke dalam masjid. Bukan apa, takut kita terpaksa menanggung dosa kepada makmum yang tak kusyuk melakukan solat kerana gangguan nada dering telefon bimbit.
Sama-samalah kita saling ingat mengingati kerana perkara ini terlalu kerap berlaku. Bukan sekali sekala saja. Kalau kita ke masjid untuk menunaikan solat, boleh kata setiap minggu ada gangguan bunyi nada dering telefon bimbit. Kalau deringnya biasa-biasa tidak mengapa, kena pula nada dering lagu yang kita suka. Memang tak kusyuklah jawabnya.
Oleh itu, saya menyeru pada diri sendiri dan semua pembaca agar sentiasa ingat dan peka. Kalau nak pergi masjid untuk tunaikan solat Jumaat atau apa-apa solat sekalipun, matikanlah telefon bimbit anda terlebih dahulu. Anda mampu mengubahnya.
tula kdg2 bunyi telefon ni mmg ganggu org solat..lagi2 yg pakai lagu untuk ringtone tu..
ReplyDeleteKenapa? ada bunyi ringtone lagu *dangdut* ke?huhu...
ReplyDeleteFAIZ : YE BETUL TU. MENGANGGU BETULLAH..
ReplyDeleteAIRANIEZ : BUKAN SETAKAT LAGU DANGDUT, LAGU ROCK YANG TERPEKIK TERLOLONG SEMUA ADA.. CAMNELAH KITA NAK KUSYUK... ADUHAI..
ReplyDeletePerkara begini memang tak sepatutnya berlaku ...lebih-lebih lagi di masjid.Malangnya masih ada orang tak prihatin dgn hal yang macam ni.
ReplyDeleteCIKGU : SEBENARNYA ADA YANG TERLUPA. TAPI LUPA TU SEBENARNYA TAK BOLEH DITERIMA KERANA KALAU SUDAH MAHU KE MASJID TU, KITA KENA PASTIKAN TELEFON DIMATIKAN TERLEBIH DAHULU.
ReplyDeletetiada panggilan sepenting seruan ilahi...
ReplyDeletePANGLIMA : BETUL TU BRO.. YANG MENELEFON PUN SAMA, TAK TAU KE MASA ORANG SEDANG SOLAT JUMAAT..
ReplyDeleteada satu ringtone lg best..lagu lady gagap trus sampai tergagap jamaah nak rukuk dan sujud huhuhuhhhh
ReplyDeleteSAHROM : JEMAAH GAGAP XPE, JANGAN PAK IMAM SEKALI TERUS GAGAP..
ReplyDeleteBETUL!! bkn setakat solat jumaat je solat kat opis pun sama jugak!! hangin jer ngah solat tetibe bunyi teponn..kuat lak tu huh!
ReplyDeleteMeh sini: Kisah Percintaan Uda dan Dara yang Cukup Tragis!!
Fadheeala, kat opis pun ada berlaku camni? Apalah. . .
ReplyDelete