Tuesday, July 26, 2011

SEJARAH PERPECAHAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA BERLAKU SEJAK ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA LAGI

Pengkalan Kempas ialah sebuah kampung kecil yang terletak di tepi Sungai Linggi. Pada suatu masa dahulu, jalan ke kampung ini cuma melalui Sungai Linggi.

Sambutan Kerajaan Melayu Melaka terhadap ulama-ulama dan guru-guru Islam menyebabkan ramai pendakwah Islam dari pelbagai mazhab sampai ke sini. Pengajaran mereka dihayati oleh orang-orang Melaka yang mahu belajar sebanyak boleh mengenai Islam. Tetapi ada pendakwah yang tidak mengutamakan Islam sebagai satu agama sebaliknya lebih menekankan mazhab mereka sendiri sehingga merendah-rendahkan mazhab-mazhab lain.

Penduduk tempatan yang BERSATU PADU PADA MASA ITU MULA BERPECAH MENGIKUT KUMPULAN. Apabila perpecahan yang senyap-senyap itu kian menjadi jelas dan menggugat kedudukan Melaka, Sultan Mansur Syah (1458 - 1477) telah mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan.

Kerajaan Melayu Melaka dan penduduk tempatan menganut mazhab Shafie. Sheikh Ahmad Majnun pula mengetuai satu mazhab yang lain dan mula mencari pengikut. Kumpulan itu berpindah ke kawasan Linggi dan kegiatan-kegiatan mereka mula menganggu keharmonian masyarakat Islam di sana. Bendahara Tun Perak mengetuai angkatan bersenjata untuk berhadapan dengan Sheikh Ahmad Majnun di Linggi pada tahun 1467.

Sheikh Ahmad Majnunpun menentang angkatan Tun Perak di sungai Linggi. Kumpulan Sheikh Ahmad Majnun tidak berupaya menentang kekuatan angkatan Melaka dan akhirnya Sheikh Ahmad Majnun terbunuh bersama-sama penganut ajarannya. Bagaimanapun sebilangan pengikutnya yang selamat berjaya melepaskan diri dan membawa bersama jenazah ketua mereka.

Selepas peritiwa itu, tiada ajaran sesat di kawasan ini. Sheikh Ahmad Majnun dikebumikan di Pengkalan Kempas.

PENGAJARAN :

Perbezaan pendapat / mazhab dalam Islam mampu memecahbelahkan umat Islam. Justeru itu, perbincangan harus dilaksanakan bagi memastikan urusan perjalanan agama Islam dijalankan adalah selari dengan kehendak Islam yang sebenar. Sejarah yang sedia ada hendaklah dihayati agar ia tidak lagi berulang pada masa kini.

P/S : Sedih tengok umat Islam di Malaysia berpecah belah sesama sendiri.







13 comments:

  1. tetapi kenapa kita tidak mengambil iktibar dari sebuah sejarah

    ReplyDelete
  2. JOBMALL : ENTAHLAH.. BARANGKALI MEREKA TAK BELAJAR SEJARAH...

    ReplyDelete
  3. Islam itu mudah tetapi kita ambil mudah semua perkara huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  4. kembali kepada ajaran Islam sewajarnya... pasti kita semua akan terpelihara

    ReplyDelete
  5. kalo mereka phm erti sebenar Islam mungkin xde perpecahan camni..

    ReplyDelete
  6. setuju tu...perbezaan pendapat perlu diterima dengan keterbukaan dan kesopanan. Perbezaan mazhab kebyakkan berkisar ttg fiqh yang tidak menjejaskan akidah

    ReplyDelete
  7. islam tu bagus.. yg buat rosak,yg menhuduhknkn islam tu adalah penganutnye.../ orangnye...

    ReplyDelete
  8. untuk mu agamamu..untukku agamaku.

    ReplyDelete
  9. FAIZ : ERM... MUNGKIN JUGAK.

    MOHAMADAZHAN : TAK PASTI PASAL TAK PANDAI SANGAT PASAL MAZHAB NI..

    ALONGX : BETUL JUGAK TU..

    AZANA : KITA TAK SAMA AGAMA KE?

    ReplyDelete
  10. salam saya baru terbaca fakta ini
    Sambutan Kerajaan Melayu Melaka terhadap ulama-ulama dan guru-guru Islam menyebabkan ramai pendakwah Islam dari pelbagai mazhab sampai ke sini. Pengajaran mereka dihayati oleh orang-orang Melaka yang mahu belajar sebanyak boleh mengenai Islam. Tetapi ada pendakwah yang tidak mengutamakan Islam sebagai satu agama sebaliknya lebih menekankan mazhab mereka sendiri sehingga merendah-rendahkan mazhab-mazhab lain.

    boleh nyatakan dari manakah sumber fakta ini dan apakah mazhab yang dianuti oleh Syiekh Ahmad Majnun

    ReplyDelete
  11. Saya dapat melalui buku Melaka Dalam Dunia Maritim. Mazhab apa, tidak dinyatakan dengan jelas..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.