Mula wujudnya di Negeri Melaka, Dondang Sayang bukan sahaja popular di kalangan orang Melayu malahan telah terkenal di kalangan Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang, Singapura serta masyur juga di kalangan masyarakat Chetti dan Portugis di Melaka.
Dondang Sayang ini berasal dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah iaitu Raja Melaka yang terkenal dengan kewibawaannya dan ada pula pendapat mengatakan Dondang Sayang bermula ketika pemerintahan Portugis. Ada pendapat lain mengatakan ia berasal dari Sumatera dan terus berkembang di negeri Melaka.
Seni tradisi ini telah tersebar luas ke seluruh dunia Melayu khususnya di Kepulauan Nusantara lantaran perhubungan yang terjalin melalui :
I) Siasah empayar Melaka dan Johor - Riau
II) Perhubungan perdagangan melalui negeri Selat
III) Penubuhan Negeri-Negeri Selat di bawah pemerintahan Inggeris
IV) Kesan penjajahan Inggeris - Belanda
Pantun empat kerat menjadi lirik lagu Dondang Sayang. Penyanyi akan menyanyikanya dengan mendendangkan pantun tersebut.
Nyanyian Dondang Sayang dilagukan oleh penyanyinya secara berpasangan. Kecekapan berpantun dan menjawab pantun dengan spontan akan lebih memeriahkan lagi persembahan.

Tak tahulah kenapa...bila dengar nyanyian dondang sayang ni,mesti rasa nak mengantuk dengan tiba-tiba. Macam dibuai ajer.
ReplyDeletejarang btol dgr dondang sayang ni..
ReplyDeleteCIKGU TIE : TU LA BAGUSNYA... KALAU MATA SUSAH NAK LELAP, DENGAR LAGU DONDANG SAYANG.. NANTI LELAPLAH...
ReplyDeleteFAIZ : TU LA PASAL... WARISAN INI HAMPIR DILUPAKAN.. TAPI DI MELAKA, MASIH ADA LAGI DIMAINKAN...
ReplyDeletemmg klasik sungguh irama dondang sayang ini
ReplyDeleteSAHROM : KLASIK DAN TETAP BERKUMANDANG SELAMANYA...
ReplyDeleteNICE ENTRY BRO..BEST TAU PASAL SEJARAH NI..(DULU TIME BELAJAR,SUBJEK SEJARAH AKU TIDO..KAH KAH KAH)
ReplyDeleteAKU TAK PERNAH DENGAR LA DONDANG SAYANG :( CAMNER ERK IRAMA DIA?