Hari ni aku mau join contest yang dianjurkan oleh Muhamadazhan kerana dia telah invite aku untuk ke peraduan ini. Jadinya, aku menulis semula sebuah sajak yang pernah aku buat satu masa dahulu, dengan harapan saja-saja mahu join, kalau menang Alhamdulillah... Di sini aku tag 3 orang members SAHROM , AMRY DAN FAIZ untuk join contest ini. Bagi sesiapa yang mahu join, klik banner di bawah.
IMPIAN GAZA ... PALESTIN
Terpekik Terlolong Pinta Perhatian
Tiada Siapa Jiran Peduli
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga
Anak Bangsa Seagamaku Berlumuran Darah
Darah Mengalir Membasahi Bumi
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga
Peluru Menghujani Tubuh Yang Tak Berdosa
Bom Bom Meledak Bangunan
Sekolah, Masjid, Hospital Menjadi Lapang Sasar
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga
Apa Yang Ku Ada
Tiada Senjata, Tiada Perisai
Hanya Ketulan Batuan Menjadi Senjata
Hanya Sekujur Tubuh Menjadi Perisai
Dengan Kalimah Allahuakbar Kulempar Batuan Menjadi Peluru
Dengan kalimah Allahuakbar Kutahan Tubuh Menjadi Perisai Syahid
Impianku Allah Menghulur Bantuan
Seperti Ababil Menghapus Latnatullah
F.B. Mamat
9 Februari 2009 (2.55 Petang)
Bandar Hilir, Melaka
salam bro...thanx tag aku. Insyaallah ada masa aku join k. tak janji. Busy sikit. Pandai gak ko main puisi erk..cayalah bro :)
ReplyDeletetengah ko komen aku tengah buat entry baru...anyway,thanx rajin singgah blog aku n prihatin pada entry2 aku..Peace yo. hee
berpuisi la pulak... hehehe
ReplyDeletetula harapan penduduk gaza dan umat Islam...sorry xdpt join sebab aku xtau langsung buat puisi..
ReplyDeleteAMRY : BIASALAH, BLOG MEMBER KENALAH ZIARAH SELALU.. :)
ReplyDeletePANGLIMA : MESTILAH, KEJE MUZIUM KENA PANDAI BERPUISI... :p
ReplyDeleteFAIZ : CUBA2LAH KARANG PUISI... BANTAI JE...
ReplyDeleteselamat berjaya..aku percaya hang memang berbakat besar dalam genre berpuisi
ReplyDeleteSAHROM : TQVM..
ReplyDeletesalam sahabat, terima kasih sudi join contest yang tak seberapa ni..=)
ReplyDeletePerjuangan Palestin telah bermula berpuluhan tahun lalu, masih terus menemui jalan buntu tetapi hati umat sedunia terus membentak mengecam tindakan laknat manusia berbangsa Yahudi Zionis...
=)
ReplyDeletex penah lagi bace puisi palestin nih
heee
bes!
>___<
gud luck!
saya join juge!
MOHAMADAZHAN : SAMA-SAMA...
ReplyDeleteIMIE AMALINA : JOIN JANGAN TAK JOIN...
^^ maskud yang jelas, moga jiran-jirannya akan mula melangkah mengatur bantuan, dan salah seorang jiranya adalah aku...
ReplyDeleteAREPCHECHA : BETUL TU.. WALAU KITA BERJAUAHN DENGAN PALESTIN, TAPI KITA NI TETAP JIRAN MEREKA...
ReplyDelete