Thursday, June 2, 2011

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA : APA KELEBIHANNYA?

1 Jun 2011 yang lepas, Perdana Menteri kita mengumumkan satu skim baru bagi graduan yang belum mendapat pekerjaan iaitu Skim Latihan 1 Malaysia. Skim ini akan bermula dengan ambilan seramai 3000 graduan untuk ditempatkan ke syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Skim ini juga dilihat bakal memberikan peluang para graduan untuk menimba ilmu dan pengalaman dan seterusnya boleh sebatikan diri dalam alam pekerjaan.

Apakah kelebihan skim ini? Dari pandangan peribadi aku, skim ini sememangnya amat berguna kepada graduan yang menganggur. Bukan apa, aku sendiri pernah mengalaminya. Iyalah, mana-mana syarikat yang kita minta kerja mesti mahukan pengalaman bekerja. Tapi macamana kita mahu mendapat pengalaman sekiranya kita baharu saja tamat pengajian dan baru saja mahu menempuh ke alam pekerjaan. Maka tak hairanlah selepas tamat pengajian di universiti aku pergi mencari pengalaman kerja dulu termasuk kerja kilang, kerja di kedai serbaneka dan sebagainya. Iyalah, daripada duduk menganggur kononnya nak menantikan peluang pekerjaan yang cerah lebih baik kita bekerja apa-apa pekerjaan terlebih dahulu. Dapatlah juga duit belanja dari minta duit mak bapa.

Selain itu, dengan skim ini memungkin para graduan yang menyertai skim ini terus mendapat pekerjaan di syarikat GLC tersebut. Iyalah, manalah tahu, dalam membuat pekerjaan tiba-tiba bos syarikat berkenan dengan cara tugasan kita dan terus ingin mengambil sebagai kakitangan tetap. Manalah tahu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia........

Walaupun banyak baiknya skim ini, para graduan yang mendapat mengikuti skim ini perlulah bekerja dengan baik dan sempurna. Anggaplah kita benar-benar bekerja di situ. Buat kerja sehabis baik dan ikhlas. Tunjukkan bakat yang ada dan jangan hanya bertugas sekadar melepaskan batuk di tangga. Semoga semuanya maju jaya.

Don’t bodek-bodek but market yourself. :)




2 comments:

  1. Saya nak tanye kelebihan menyertai sl1m....kawan2 saya yg lpas habis sl1m kembali mengangur....kebanyakan syarikat tidak pandang pom pengalam latihan sl1m...saya sehabis daya menunjuk bakat...malangnye...tiada khabar berita menunjuk untuk di serap..seramai 300 org...tiada sorang yg di serap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm.. Sayangnya.. Takpe, usaha lagi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.