Friday, June 24, 2011

RUMAH TRADISIONAL MELAKA @ KAMPUNG PENGKALAN BATU


Pagi tadi unit aku pergi ke Rumah Tradisional di Pengkalan Batu bagi membuat majlis serah tapak oleh pihak kontraktor kepada tuan rumah. Rumah ini baru sahaja disiapkan dan sedia untuk dikunjungi oleh pelancong. Untuk makluman, di kawasan kampung Pengkalan Batu ini mempunyai 4 buah rumah tradisional yang dikbaikpulih oleh Kerajaan Negeri Melaka. Pelaburan kerajaan negeri Melaka untuk membaikpulih rumah-rumah tradisional ini nampak berbaloi apabila setiap hari pasti ada berbas-bas pelancong dari luar negara berhenti untuk melihat keunikan dan keindahan senibina rumah Melayu Melaka.

Lihat juga : Rumah Tradisional Melaka @ Kampung Alai

Lihat juga : Rumah tradisional Melaka

Rumah tradisional Melaka dari pandangan sisi


Ukiran kayu di serambi

Ukiran kayu "close up"

Tingkap rumah Melaka

Senibina tangga Melaka yang sangat popular

Pintu serambi

Tangga Melaka "close up"

Bahagian serambi

Bahagian rumah ibu

Bahagian bawah rumah

Ni ntah siapa ntah... :)

24 comments:

  1. Pasni penerbit drama tumpang umah ni buat penggambaranla kot..haha

    ReplyDelete
  2. inilah kelebihan berblog...dpt tahu pelbagai perkara krn rakan blog dg dr pekerjaan yg berbeza..thanks bro...:-)

    ReplyDelete
  3. rumah kayu mcm ni tahan kan..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya rumah tradisional ni..:)

    ReplyDelete
  5. ari 2 masa buat kajian kat melaka, x sempat nak singgah kat umah ni....uhuhu

    ReplyDelete
  6. secara keseluruhan aku suka rumaha tradisi ni bro...paling aku suka kat tangga,tingkap n ukiran dia...kat tempat aku dah susah dah nak jumpa rumah yang bertiang macam ni bro...lantai semua melekat kat tanah dah :)

    ReplyDelete
  7. nk tnye..de beze ke serambi dan anjung?

    ReplyDelete
  8. EN. ANON : YA..BERBEZA. ANJUNG DAN SERAMBI TIDAK SAMA... ANJUNG ADALAH DIBAHAGIAN TANGGA MASUK. MANAKALA SERAMBI IALAH RUANG SELEPAS KITA NAIK TANGGA UTAMA. APAPUN, ADA RUMAH YANG TIADA ANJUNG... HARAP DAPAT MEMBANTU..

    ReplyDelete
  9. Salam fairus,
    boleh sy dapatkan address rumah ni tak?..

    ReplyDelete
  10. ni alamat rumah di atas..

    158-2 Batu 3 1/2, Solok haji Mat, Pengkalan Batu, 75150 Melaka..

    ReplyDelete
  11. ANON :TERIMA KASIH KERANA MEMBERI INFO ALAMAT..

    ReplyDelete
  12. kalau sy nk buat case study utk rumah ni boleh x?...kajian tentang struktur rumah..

    ReplyDelete
  13. JIWARCHI : BOLEH SAJA.. BOLEH RUJUK PADA PERBADANAN MUZIUM MELAKA DI UNIT KONSERVASI..

    ReplyDelete
  14. salam..erm leh x nk tau srba sedikit tntg umh ni?..

    ReplyDelete
  15. Sedara saya duk kat kampung nie. And rumah dia pernah menang rumah paling lawa kot. Tapi bukan yang kat dalam gambar ni

    ReplyDelete
  16. salam .. saya pelajar Universiti Malaya telah berminat untuk menjalankan kajian mengenai rumah tradisional ini .. jika tidak keberatan, bolehkah encik memberikan alamat penuh rumah ini kepada saya melalui e-mel .. terima kasih :)

    e-mel: syafika_anis13@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. macam rumah arwah atok aku, aku membesar dalam rumah ni sampai aku darjah 4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga rumah ini terus dipulihara oleh anak cucunya

      Delete
    2. Saya pelajar dari Politeknik Port Dickson..klau kami ingin menjalankan kajian terhadap rumah ini boleh?

      Delete
  18. Assalamualaikum boleh ke kami berkunjung ke sana untuk melakukan kerja mngukur (student architecture)..boleh dptkan no.tel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak lagi bertugas di bahagian ini. Boleh hubungi pegawai berkaitan faiz@perzim.gov.my

      Terima kasih.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.