Tentera Terracotta adalah Pahlawan dan Kuda Terra Cotta untuk Maharaja China pertama iaitu Qin Shi Huang. Patung-patung terracotta, bertarikh 210 SM, telah dijumpai pada tahun 1974 oleh beberapa petani tempatan berdekatan Xi'an, wilayah Shaanxi, China berdekatan makam Maharaja Qin Pertama. Ketinggian patung-patung ini di antara 183–195 cm (6 kaki–6 kaki 5 inci).
Antara patung yang dijumpai termasuklah pahlawan, kereta kuda, kuda, pegawai, akrobat, orang kuat dan ahli muzik. Dianggarkan terdapat 8,000 pahlawan Terracotta iaitu 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri, sebahagian besar darinya masih tertimbus dalam lubang. Ramai pakar kaji purba percaya bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum dijumpai.
seb baik patung...aku ingatkan pahlawan pebtul yang kena sumpah jadi batu..hehe
ReplyDeletezaman2 dinasti antara zaman terkenal kan bro?
yg ni sume ukirkan..
ReplyDeleteAmry : Sebenarnya ia bukannya sumpahan. Tapi orang Cina dulu membuat patung2 tu serupa dengan setiap pahlawan2 dia mengikut muka dan rupa bentuk serupa..
ReplyDeleteFaiz : Aku rasa begitulah. Tapi owner bgtau ia asli.