Monday, June 6, 2011

KLIP VIDEO MELAYU BERUNSUR LUCAH UNTUK PASARAN AMERIKA

Haha... Lama tak blogwalking, tapi masa duduk berblogwalking di wadahpanglima, terbaca pulak satu entry mengenai klip video yang berunsur lucah yang diarahkan oleh Gambit. Seriuosly, aku belum tengok lagi video klip ni. Tapi bila dilihat dari keratan gambar yang ditayangkan, memang nampak keterlaluan.

Keterlaluan ke tak? Perlakuan macam ni laki bini saja yang buat dalam bilik.

Commonlah... Bagi mereka yang nak mengarahkan video klip ni, cumalah renung-renungkan sedikit tentang keburukan yang bakal berlaku. Jangan hanya pandai untuk mencari keuntungan sahaja sedangkan agama dan nilai-nilai ketimuran dibelakangkan.

Kadang-kadang terfikir juga, apakah yang difikirkan oleh si pengarah sehinggakan sanggup mengeluarkan video klip sedemikian rupa. Sama juga dengan si pelakon video klip ini. Tak malukah pada ibu bapa sendiri sekiranya mereka melihat video klip ini. Bagaimana pula kalau nanti anak-anak mereka pula yang menontonnya?

Diharap pihak berkuasa meneliti video klip ini. Sekiranya ia benar-benar melanggar tatasusila dan peraturan yang ditetapkan, harap diambil tindakan sewajarnya. Sudah-sudahlah tersebarnya video-video klip lucah buatan sendiri yang dibuat oleh "pelakon-pelakon" tak terkenal, sekarang pelakon yang terkenal pun mahu terlibat sama. Sudah-sudahlah tu... Cukuplah.

Kalau perkara ini dipandang ringan, jangan tak percaya satu hari nanti banyak lagi video-video sedemikian rupa bakal berlambak di pasaran. Tak kiralah ianya untuk pasaran Amerika kah, luar negarakah, yang penting ia berasal dari Malaysia, dan ianya harus dikawal dan dibasmi.




9 comments:

  1. mmg gambit tu rasenye ilmu agama die skit...buat video2 camni...dahla memalukan islam pastu bdk2 akan mudah terengaruh kalo tgk video2 mcm ni..

    ReplyDelete
  2. entah pape lah dorg ni. yg arah video nih mmg lah pemikiran ala kebaratan..memalukan!

    btw, gambit ade buat twit maki bloggers yg publish entry blog ttg video ni taw

    terjah my blog pd jam 11:30am hari ni nnti utk bc gosip ttg itu :D

    ReplyDelete
  3. Gambit... anda sekadar mencari nama dengan publisiti bertaraf sampah!

    ReplyDelete
  4. video ni satu kes bro, pas tu bila ada yang tegur, meenting pula dia.ish.hairan aku, dah terang2 video tu tak elok, orang tegur marah plak....kecoh gak pasal dia sound blogger...hari ni baca paper, mintak maaf dah...tak tahu la mintak maaf dia tu ikhlas atau ada udang disebalik me.video macam tu budak2 pon boleh nilai la....

    ReplyDelete
  5. macam2 sekarang.... dunia menghampiri hari tua nya...

    ReplyDelete
  6. Shahz Jaszle tu hensem..tu je nak cakap..haha

    ReplyDelete
  7. sana sini org dok citer pasal video nie kan?
    erm..no komen lah.pandai buat..pandai lah tanggung akibatnye.

    jemput terjah new entry (>.<) Misi Mencari Limau Purut Jantan (>.<)

    ReplyDelete
  8. ntah2 mamat dia dah hilang kemelayuan dia kot huhuhuhhhhh

    ReplyDelete
  9. encik suami : tu la pasal.. Sendiri mau tanggunglah..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.