Rasanya belum lama aku bertugas di muzium ni, tapi asyik-asyik kena pindah bahagian atau unit. Ni bukan kerana aku bermasalah tau..? Tapi sudah memang polisi big bos tempat aku kerja yang suka rotate-rotate kakitangan.
Kalau dulu mula-mula bekerja aku ditempatkan di Unit Pendaftaran. Dalam unit ini aku bermain dengan aset dan artifak. Mana ada aset dan artifak baru masuk, akulah yang mendaftarkannya bersama kakitangan unit aku yang lain. Mencabar jugalah kerja kat unit ni, memang hari-hari ada kerja. Termasuklah kerja-kerja merekod, meyemak, memeriksa aset dan artifak.
Lepas setahun lebih, aku ditukar pula ke Bahagian Pemuziuman. Aku kena uruskan hal-hal muzium. Di sini aku kena urus Unit Muzium Istana Kesultanan Melaka. Dalam unit muzium tu pula ada beberapa pecahan muzium lagi. Kiranya semua 5 buah muzium kena diuruskan. Kalau dulu dekat Unit Pendaftaran aku hanya jaga aset dan artifak, sudah masuk Bahagian Pemuziuman ni, kena pula buat event, buat pengisian muzium baru. Kalau pergi Melaka, pergi cari Muzium Pengangkutan. Muzium ni hasil dari air tangan aku. :)
Dan sekarang ni, pada 1 Jun lepas aku ditukarkan pulak ke Bahagian Antikuiti iaitu di Unit Konservasi. Makin bertambah-tambah tugaslah kali ni. Mana taknya, dalam unit ni kitorang kena urus tapak-tapak warisan, rumah-rumah tradisional, projek, makam-makam dan banyak lagilah.. Memang tak duduk pejabatlah aku lepas ni. Kena keluar lawat tapak sajalah.
Apa-apapun, tak kisah lah big bos aku nak rotate-rotate kakitangan. Akupun harap aku dapat belajar lebih pasal hal-ehwal dalam pengurusan muzium. Lepas-lepas ni tak taulah pulak kat mana aku tercampak... :)
bro mesti hebat dlm hal2 brg lama ni..
ReplyDeleteaku cukup suka kalau bab2 sejarah ni, tapi aku jarang sangat masuk muzium..pernah sekali rasanya awaktu sekolah dulu..best pe dapat tau asal usul sesuatu barang tu...
ReplyDeletepas ni tak tahulah plak kat mana aku t ercampak....adeh..ayat sedih ker ayat pasrah ni..hehe
hang nie mesti pegawai yang kompeten..sebab tue diletak mana2 pun tetap menjadi kan..syabas untuk hang.....
ReplyDeleteHoyey..kakitangan awam jugak ek? Bidang tugas kita adalah sama.
ReplyDeleteKakitangan awam yg buat aset dan inventori nie mmg glamour skrg nie kan? sana sini org sebut pasal aset n inventori.
Tapi bidang tugas kita bukan tue jerk..ada tambahan lain..klu nak tau klik kat link nie ye (>.<) Hambek Ko (>.<)
memang ler.. sekarang macam2 pekeliling kerajaan bagi memastikan harta kerajaan dijaga dengan baik..
ReplyDelete