Dengan cara pengedaran foto palsu tentang kematian Osama bin Laden dan cara pengebumian Osama bin Laden ke dalam laut seolah-olah ada udang di sebalik batu yang dirahsiakan oleh pihak Amerika. Kenapa mahu nak berahsia. Osama bin Laden dikenali serata dunia. Masyarakat dunia semua mahu tahu kebenaran, sama ada memang benar atau tidak orang yang dibunuh oleh tentera Amerika itu adalah Osama bin Laden?
Kalau benarlah yang dibunuh itu adalah Osama bin Laden, aku yakin, beliau memang mati dari segi jasadnya sahaja. Tetapi dalam erti semangat dan perjuangan Osama bin Laden pastinya masih hidup dan segar bugar malah membuak-buak di kalangan pengikut-pengikut setianya.
Ini tidak mustahil sekiranya adanya keganasan-keganasan baru yang akan berlaku akibat tindak balas daripada pengikut-pengikut setia Osama. Tapi benarkah Osama itu ketua pengganas? Kalau betullah dia ketua pengganas, pastinya dalam selang beberapa hari sahaja dari kematiannya mesti akan berlaku tindak balas yang drastik daripada pengikut-pengikutnya. Tapi sehingga kini, tiada apa-apa kejadian membalas dendam dilakukan. Nampak macam tak logik pun ada.
Kalau kita baca forum-forum antarabangsa di Internet yang membicarakan tentang kematian Osama bin Laden, ada yang tidak mempercayai bahawa yang mati itu adalah beliau. Ada yang menyatakan tak akan semudah itu Osama bin Laden dapat dibunuh. Ada juga yang mengatakan ia adalah satu propaganda oleh pihak Amerika bagi mengaburi mata dunia bahawa mereka telah berjaya menewaskan pengganas setelah bertahun-tahun menjejaki Osama bin Laden.
Teringat pula aku tentang 1 dokumentari yang pernah ditayangkan di Astro bertajuk 1o Ways To Kill Bin Laden (kalau tak silap akulah tajuk dia). Pelbagai cara Amerika telah lakukan, dengan kaedah pengintipan, serbuan, letupan, serang hendap dan sebagainya namun tidak berhasil untuk membunuh Osama bin Laden. Tapi kini, kita mendapat berita dengan mudahnya Osama bin Laden dibunuh oleh Amerika. Tempah pertempuran itu pula berdekatan dengan Pusat latihan Tentera Pakistan. Erm.. Macam tak logik jugak lagi ni.
Tidak tahulah nak terima atau sebaliknya berita-berita ini. Kita hanya mampu membaca dan membaca bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penilaian dari masing-masing punya akal fikiran. Wallahuaklam.
ntahla..ade org kate Osama ni agen CIA la...saje Amerika cipta watak pengganans sebab bak kuasai Afghanistan...wallahualam..
ReplyDeletetak kisah la .. sama ada dia mati atau tidak ..
ReplyDeletetapi membunuh cara amareka mmg macam binatang
jawatan kosong 2011
x paham semua ini... propaganda amareka la ni. kematian osama menjadi seribu tanda tanya kebenaran...
ReplyDelete