Tuesday, May 10, 2011

KESAN DARI KENAIKAN HARGA GULA

Hari ini kita sebagai rakyat Malaysia sekali lagi dikhabarkan dengan "berita gembira" iaitu kenaikkan harga gula. Harga gula yang dahulunya berharga RM 2.10 sekilogram kini meningkat kepada RM 2.30 sekilogram iaitu kenaikkan sebanyak RM 0.20 sen.

Dalam kenaikkan harga ini terdapat beberapa kesan yang baik dan tidak baik. Nak tahu apa kesannya? Teruskanlah membaca :-

1) Harga makanan dan minuman di kedai makan / restoran akan naik (eeee.. gembiranya aku)

2) Lain-lain barangan melibatkan makanan dan minuman akan naik (aaa... seronoknya)

3) Taukeh gula akan terus kaya (iiyyaahooo)

4) Kurangnya pengambilan gula dan kurangnya risiko Kencing manis (agaknyalah...)

5) Kerajaan akan dapat kurangnya subsidi dan boleh menumpukan kepada pembangunan yang lain (harap-haraplah ye...)

6) Orang-orang kampung yang menyara hidup dengan menjual kuih muih terpaksa naikkan harga kuih (jangan sekeping RM1.00 sudah...)

7) Semut mula berkurangan kerana orang sekarang tak bazirkan gula. Gula tak bersepah-sepah (kesian si semut)




6 comments:

  1. hahaha... tang semut tu yang buat aku terharu bro

    ReplyDelete
  2. Minum air masak jer lah lpas nih ☺☺

    ReplyDelete
  3. yeyyy..suka2 bila semua harga brg naik..SANGAT HAPPY..OOPS TERCAPS LOCK PLAK..BUKAN MARAH NI..TAPI HAPPY TERAMAT..YAHOOOOO..YES2!! TERIMA KASIH KERAJAAN..MARI KITA LAUNGKAN SATUUUU..... (^_^)

    ReplyDelete
  4. urmm... jadi kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman..hehehe pelik je bunyinya..

    ReplyDelete
  5. mmg terasa sgt kesan kenaikan harga gula ni esp utk peniaga...

    ReplyDelete
  6. sume benda nak naik harga.. gaji xjugak naik... ntah pape je.. geram ni.. huhuhu

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.