Monday, May 30, 2011

KUALA LUMPUR!!!

Minggu lepas aku berkampung seminggu di Negeri Sembilan, minggu ni pulak aku ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku, Inspektor Aizat. Tapi bukan cerita pasal majlis kahwin yang aku mahu kongsikan, tapi pasal jalanraya dan kesesakan.

Kuala Lumpur dengan kesesakan jalanraya memang tak boleh dipisahkan. Bak kata pepatah, ibarat aur dengan tebing. Walaupun bukan waktu hari bekerja, kesesakan jalanraya tetap berlaku. Tak pastilah kenapa, mungkin juga pada hujung minggu ramai yang ke Kuala Lumpur untuk bercuti. Di tambah lagi dengan cuti sekolah sedang bermula sekarang.

Aku yang kurang pandai dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur ni pun dah naik pening kepala dengan kesesakan lalulintas. Dah lah dalam banyak-banyak kenderaan yang kami berkonvoi, aku seorang saja yang sesat. Orang lain sudah sampai tempat hala tuju, aku seorang saja yang sesat dan hanya tiba kira-kira 40 minit setelah orang lain sampai.

Aku tak pastilah dengan orang-orang di Kuala Lumpur ni. Macamana mereka boleh hari-hari mengadap kesesakan lalu lintas, lebih-lebih lagi masa pergi dan pulang kerja. Rasanya kalau bangun lambat, mahunya lewat sampai ke tempat kerja. Kalau aku duduk kat Kuala Lumpur, rasanya aku lebih rela naik motor dari mengadap kesesakan hari-hari.

Kalau ada orang-orang Kuala Lumpur yang membaca entry aku ni, tolong beri pendapat / komen pasal kesesakan jalanraya yang korang hadapi di Kuala Lumpur.




Thursday, May 26, 2011

B.E TERTINGGI PERNAH DITERIMA

Terlebih dahulu terima kasihlah kepada Nuffnang pasal bagi B.E kat aku. Dan tak lupa juga pada Proton Exora kerana iklannya melekat pada blog aku sejak bulan April lagi. Blog aku ni bukan ramai sangat pengunjungnya, kalau dapat camni selalu kan best.


Sebut pasal B.E ni, alhamdulillah lah kerana setiap bulan blog aku ni mesti ada satu B.E yang Nuffnang beri. Orang kata, kalau ada B.E barulah lebih bersemangat untuk berblog.. :) Tapi ingat, aku ni bukan problogger, jangan nak mintak pada aku tips-tips nak dapatkan B.E dari Nuffnang sedangkan aku sendiri tak tahu macammana.

Oleh kerana Proton Exora ni menaikkan B.E aku, disini aku nak tayangkan gambar Proton Exora bagi mempromosikan kereta ni. Kalau yang nak beli kereta MPV tu, belilah Proton Exora. Kalau ada duit lebih tu, belikan untuk aku satu. :)








KANTOI : GAMBAR CURI

Hehe.. Bukan gambar curi apapun. Cuma ni gambar aku yang diambil oleh juru kamera yang mengambil gambar aku secara spontan semasa aku di Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Muzium 2011.

Ops... Merokok membahayakan kesihatan. Jangan tiru aksi ini.

Ha.. Hello.. Macammana harga saham hari ini?

Siapa pulak SMS ni, orang tengah sibuk ni...

Konon-konon pandai main pool... :p

Yang ni bukan gambar curi.. Ni gambar konon-konon nak jadi rockers... :)





Wednesday, May 25, 2011

BERHENTI .......... SEBELUM .......... ?

Berhenti bercakap sebelum dimarah (murid sekolah)

Berhenti merokok sebelum sakit

Berhenti zina sebelum dapat HIV

Berhenti rehat sebelum tertidur (memandu)

Berhenti buat dosa sebelum mati

Berhenti kerja sebelum dipecat

Berhenti makan sebelum kenyang

Berhenti di lampu merah sebelum dilanggar

Berhenti bermain sebelum Maghrib

Rasanya masih banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan "Berhenti ........ Sebelum ........" Korang ada idea silalah tambah. :)





ZAMAN ARTIS DAPAT HIDAYAH

Syukur alhamdulillah... Kini sudah beberapa artis di Malaysia ini sudah mendapat hidayah daripada Allah dan kembali ke jalan yang lurus. Kalau tak lama dulu, Bob Loqman telah mula berhijrah ke arena jalan yang benar, kini tiba giliran Sham Kamikaze pula mengikut jejak langkahnya. Ini semua kerja tuhan. Alhamdulillah...


Bob Loqman

Sham kamikaze

Kalau nak dilihat pada artis-artis Malaysia sekarang, lebih-lebih lagi perempuan. Pakaiannya seksi-seksi, terdedah sana-sini. Tidak ada perasaan malu apabila "barang" yang patut diselindung didedahkan. Tak tahukah dosa pahala? Malaysia ni kan negara Islam, buat cerita drama atau wayang teraskanlah ajaran agama Islam. Barulah duit yang diperolehi itu berkat. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara.

Syukurlah, ada artis-artis mulai sedar dan kembali ke jalan Allah. Lihat saja pengakuan Sham Kamikaze dalam laman You Tube, bagaimana beliau mulai sedar dan kembali ke ajaran Islam. Dulu kita kenal Sham tu siapa, artis rock, bersubang, berantai dan bergelang. Kini, nampak mukanya mula ada sinar. Moga-moga ia berterusan dan dipohon Allah menetapkan hati beliau untuk terus patuh pada perintah Allah.

Semoga selepas ini ada lagi artis-artis yang mulai insaf dan kembali ke jalan yang lurus serta benar. Aku berpesan juga pada diri aku sendiri.




IKUT RESAM PADI

Kenapa orang semakin kaya semakin berlagak? Semakin menjawat jawatan tinggi semakin tinggi egonya? Commonlah... Dunia ni tempat tumpangan sementara saja. Akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya. Apa kita ingat kita ni hidup sampai bila-bila? Cuba-cubalah jadi orang baik. Tak menyusahkan orang dan tak mendatangkan kebencian dan kemarahan orang lain.

Agak-agaknya boleh tak di dunia ni terdiri daripada orang-orang yang baik-baik belaka? Mustahil tidak boleh. Kalau masing-masing manusia di dalam dunia ni berniat untuk melakukan kebaikkan, maka baiklah semuanya. Tapi disebabkan adanya sikap dan niat buruk dan ditambah lagi dengan hasutan iblis dan syaitan, maka berlakunya perlakuan buruk.

Lihat saja orang-orang yang kaya dan berjawatan tinggi (bukan semua), sombong, ego, berlagak. Apa mereka ingat kekayaan dan jawatan yang diperolehi boleh bawa ke kubur? Bukan salah nak cari kekayaan dan kejarkan pangkat. Tapi berpada-padalah. Ikutlah macam padi. Semakin berisi semakin tunduk. Bukan semakin berisi semakin mendada.

Gambar : Google

Pesanan aku pada mereka-mereka yang terasa ni, insaflah diri. Kembali ke jalan yang benar. Tak elok duk bermegah-megah diri. Tak elok duk berbangga diri. Sudah mati nanti, ke dalam tanah juga kita duduk. Bukan boleh bawa segala kekayaan, jawatan yang dibangga-banggakan itu. Satu lagi, nak kaya boleh, nak berjawatan tinggi boleh, tapi janganlah bongkak, sombong, ego. Tak kemana-mananya tu...




Tuesday, May 24, 2011

SELAMAT HARI MUZIUM 2011

Nak tahu kenapa aku menghilang sejak dari 18 hingga 23 Mei yang lepas? Sebenarnya aku terlibat dengan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di Negeri Sembilan darul Khusus. Pada tahun ini, Lembaga Muzium Negeri Sembilan menjadi tuan rumah.

Pelbagai acara dijalankan selama seminggu yang lepas, antaranya pameran, sukan, seminar, bengkel bongai, larian muzium, kembara muzium dan pelbagai lagi. Memang sangat menarik. Aku pun duduk berkampung selama seminggu di sana.

Dalam acara sukan, kami dibahagikan kepada zon-zon. Kami dalam Zon Selatan terdiri daripada Perbadanan Muzium Melaka, Yayasan Warisan Johor dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Dalam acara sukan kami di Zon Selatan hanya mendapat beberapa pingat seperti Menyumpit (Johan), Dam Aji (Naib Johan), Bola Tampar (Naib Johan), Boling (Naib Johan) dan Sepak Takraw (Naib Johan).

Lain-lain yang dimenangi seperti nyanyian Bongai (Tempat Ketiga) dan acara menembak (Naib Johan). Kiranya kami ni balik dengan tanpa tangan kosong jugalah.

Kepada semua warga muzium di Malaysia, aku ucapkan Selamat Hari Muzium. Semoga berjaya selalu...




Monday, May 16, 2011

BANNER / GAMBAR UCAPAN SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masa rehat tadi ada masa terluang sikit, jadi aku buat beberapa ucapan sempena Hari Guru ni. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah ambil.







Sajak untuk guru >> KLIK <<



KERANAMU CIKGU, KU TAHU BACA DOA QUNUT

Guru umpama lilin. Sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Begitu mulianya kerjaya guru ini, bukan hanya mengajar malah memberikan pendidikan yang sempurna untuk memastikan setiap anak-anak muridnya berjaya di dunia dan di akhirat.

Kalau tiada guru, apa akan jadi kepada kita? Adakah ibu bapa kita sahaja yang boleh mengajar kita? Tidak. Gurulah insan yang paling layak untuk mengajar dan sekolah merupakan institusi pembelajaran yang wajib dihadiri oleh setiap anak-anak untuk menimba pelbagai ilmu.

Terkenang seketika dahulu semasa aku bersekolah rendah (darjah berapa tak ingat). Ada seorang ustazah mengajar membaca Doa Qunut. Beliau suruh kami semua menghafalnya dan minggu seterusnya dia akan menguji setiap murid dan memastikan kami semua menghafalnya. Nak dijadikan cerita, pada minggu yang dinantikan, aku dan beberapa orang murid-murid lain tak dapat menghafal Doa Qunut dan kami telah didenda. Nak tahu denda apa? Punyalah malu, kami semua kena merangkak-rangkak melalui sederet bangunan sekolah. Pergi dan balik merangkak. Pelajar-pelajar kelas lain tengok dan ketawa. Mak ooii.. Punyalah malu.

Tapi akhirnya, setelah bertungkus lumus cuba menghafal, aku berjaya menghafalnya. Alhamdulillah, sehingga kini aku hafal Doa Qunut. Kalau sesiapa yang belum menghafal Doa Qunut tu, di sini aku ada sediakan DOa Qunut untuk kita sama-sama menghafal dan mempraktikkannya.

Doa Qunut



MODEL-MODEL KERETA PROTON

Kereta proton merupakan produk tempatan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Ia merupakan produk kenderaan pertama sebelum perodua. Tak disangka, Malaysia mempunyai kebolehan untuk menghasilkan perusahaan otomobil yang boleh dikatakan hebat juga. Kalau kita perhatikan betul-betul, negara-negara pengeluar kenderaan yang lain memakan masa yang agak lama untuk menjadi sebuah negara pengeluar kenderaan. Tetapi Malaysia hanya memakan masa hanya kira-kira 20 tahun selepas merdeka untuk membangunkan industri kenderaan ini. Syabas diucapkan.

Bermula dengan model Proton Saga sehingga kini sudah banyak model dihasilkan demi untuk mempelbagaikan variasi rekabentuk dan kehendak pengguna. Kepada pengurusan Proton, teruskanlah usaha untuk mencari teknologi-teknologi baru bagi kenderaan dan pastikanlah setiap kenderaan yang dikeluarkan "0 defect" bagi memastikan produk Proton mendapat tempat di mata dunia.

Antara model Proton :

Proton Waja


Proton Savvy

Proton Satria Neo

Proton Saga

Proton Persona

Proton Perdana V6

Proton Inspira

Proton Gen 2

Proton Exora

Proton Arena




Sunday, May 15, 2011

KAPAL TERBANG DIPANAH PETIR

Pernah naik kapal terbang? Aku baru saja 2 kali naik kapal terbang. Itu pun ke Sarawak saja. First time naik kapal terbang gayat jugak. Kalau kapal terbang berlanggar dengan awan, kita dapat rasakan gegarannya. Tapi apa pulak akan terjadi kalau kapal terbang disambar petir? Huh, pasti menakutkan. Lihat sajalah video di bawah ni... :




Lagi gambar kapal terbang :)






PARTY TIME

Yes... Yes dan Yes... Akhirnya Manchester United menjuarai Barclays Premier League (BPL) musim 2010 / 2011 dengan hanya seri dengan Blackburn Rovers pada perlawanan malam tadi. Perlawanan malam tadi dikira seimbang. Bola hanya banyak berlegar di tengah padang manakala di akhir-akhir perlawanan kedua-dua pasukan dilihat hanya melakukan hantaran-hantaran di bahagian pertahanan masing-masing.

Memang Manchester United hanya mahukan seri sahaja untuk menjuarai piala ini, tanpa menunggu ke perlawanan terakhir. Cayalah Man. Utd. memang terbaik. Kepada pemcabar-pencabar terdekat tu, usahalah lagi tahun depan ye...? Belilah pemain-pemain yang "power-power" lagi untuk menyaingi pemain-pemain Man. Utd. yang tak "power ni" :p

Sekarang ini Man. Utd. merupakan pasukan yang paling banyak memenangi Piala Liga Inggeris iaitu sebanyak 19 kali, sudah meninggalkan Liverpool FC yang memenangi 18 kali.

bawah ni ada gambar-gambar pemain Man. Utd. sedang berparti... Yahoooo.. Glory... Glory...