Perlukah filem-filem atau drama-drama di Malaysia yang dikatakan 'Negara Islam' ni menayangkan aksi panas untuk paparan umum? Walaupun nampak tak keterlaluan tapi bukankah ia akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda anak-anak kecil dan para remaja untuk melakukan perlakuan sedemikian rupa juga.
Kalau ia dimainkan di panggung wayang mahupun di kaca televisyen, adakah kita mampu untuk menghalang anak-anak untuk menontonnya? Sekiranya kita ada bersama mereka, pastinya kita dapat mengawal. Tapi apa halnya pula sekiranya di belakang kita. Bukankah mereka akan turut menonton walaupun hakikatnya ia telah dikelaskan dalam kategori 18 SX atau sebagainya.
Terbaru, sebuah filem arahan Osman Ali yang diadaptasi dari sebuah novel bertajuk Ombak Rindu turut tidak terkecuali menayangkan sedutan aksi panas antara Aaron Aziz dan Maya Karin. Kita yang sudah dewasa ni pun agak tak senang dengan aksi ini dipaparkan apakan lagi untuk ditonton oleh remaja yang belum berkahwin.

Sudah-sudahlah tu para producer mahupun penerbit filem membuat selingan seperti ini. Bukan semua orang sukakannya. Memang benar pasti ada yang akan menyatakan "kalau tak suka jangan tengok", tapi adakah sekadar dengan meng"ignore"kan saja ia mampu memperbetulkan keadaan? Kita sama-sama perlu saling menegur sekiranya ada kesalahan dan kesilapan dalam satu-satu hal agar ia tidak diulangi dan dapat dibendung. Kalau tak, pastinya ia akan berterusan dan terus menggalakan.
Sedarlah... Kita ini beragama Islam. Ada had-had tertentu, yang mana boleh dilakukan dan mana yang tidak.
Apa kata hati korang, perlukah?
Sedarlah... Kita ini beragama Islam. Ada had-had tertentu, yang mana boleh dilakukan dan mana yang tidak.
Apa kata hati korang, perlukah?
Agak 'panas' gak gambar nih, tak jelous ker bini aeron tu erk. Rasanya tak perlu lah. Malu kekadang tgk citer2 mcm nih.
ReplyDeleteahh...aku suka pak
ReplyDeletehehehe...............:p
nak lakukan cerita xperlu sampai macam tu... Kita orang timur. Tgk mamat khalid tu...sempoi je ngn HKLBR tu..citer klu da sedap xprlu tambah 18sx ni..an?
ReplyDeletepada saya...tak perlu....
ReplyDeletesaya pun rasa tidak perlu..
ReplyDeleteNADILAH : BAGUSLAH KALAU KAMU BERASA BEGITU.. :)
ReplyDeletepada pdpt sya pulak itu dh kerja mereka, nama lg lakonan yg mgikut skirp. kita tak perlu kondem plakon. spatotnya kita kena sekolahkan penerbit yg rela buat duit utk kaya n masyur dgn membelanjakan puluhan ribu ringgit bg melunaskn kehendak penonton yg suka. kalau xsuka, kita just g tgok wayang cerita karton sje.jd xdalah kita tgok aksi mcm ni.selamat mata ngan hati.
ReplyDeleteANON : MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..
ReplyDelete