Saturday, March 5, 2011

RAJA LAWAK ASTRO : TINGGAL 4 ORANG PESERTA SAJA

Memang seronok tengok rancangan Raja Lawak musim ini. Kelakau pun kelakau.. Memang pandai sungguh mereka buat lawak. Sekarang sudah tinggal empat orang peserta saja yang tinggal. Mereka yang tinggal tu memang betul-betul berbakat dan sememang layak untuk masih bertahan. Tahniahlah kepada semua penonton kerana membuat pemilihan dan undian dengan bijak.

Sekarang peserta yang tinggal ialah Man, Kumpulan R2, Kumpulan Balas dan Nazmi. Mereka ni ada kekuatan masing-masing. Bagi aku pulak, semua ni memang best. Semuanya lawak-lawak belaka. kalau mereka ni di pusingan akhir, tak tahu yang mana satu boleh jadi juara, mereka semua hebat. Terpulanglah pada persembahan akhir yang dibuat oleh mereka nanti. Siapa yang lebih lawak dan menyerlah dialah pemenangnya.

MAN

KUMPULAN R2

KUMPULAN BALAS

NAZMI

Gambar : Raja Lawak Asrtro

(ps : aku ni cakap je.. dari memula punya Raja Lawak sampai sekarang tak pernah aku mengundi.. :)



2 comments:

  1. raja lawak ni zizan ngan johan yg kelakar sbnrnya dari peserta.. huhu

    ReplyDelete
  2. YATT : MEMANG BETUL.. JOHAN DAN ZIZAN MEMANG ALSWAYS LAWAK.. TAPI PESERTA TAHUN NI JUGAK TIDAK KURANG LAWAKNYA.. :)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.