Thursday, March 24, 2011

HANDPHONE DAH ROSAK

Aduh.. Belumpun sampai 2 tahun aku pakai handphone Nokia E71 sekarang dah rosak. Apa yang rosaknya aku pun tak tahu. Dua hari lepas dia asyik-asyik padam je.. Ingatkan pasal bateri, tapi bateri punya bar ok je. Last-last semalam terus padam tak boleh buka-buka lagi. Hari ni pun samalah. Aku bawak juga kehulu kehilir handphone ni walaupun tak boleh guna. Iyalahkan, dah biasa pergi mana-mana mesti bawa handphone, kalau tak bawak rasa janggal pula.

Aku masih ingat lagi masa aku beli handphone ni di kedai Nokia di Mahkota Parade. Masa tu mula-mula keluar model ni. Aku beli siap aksesori harganya RM 1,646.00. Rasanya ni handphone paling mahal pernah aku beli. Lepas ni malaslah nak beli yang mahal-mahal lagi.. Beli yang murah-murah je la..


Aku biasanya kalau handphone dah rosak aku trade-in dan tangkap yang baru je. Kalau nak repair silap-silap harganya lagi mahal dari harga sebuah handphone baru.

Agak-agaknya sekarang ni telefon ape yang murah tapi bergaya? Mohon pendapat.. :)




14 comments:

  1. itu tandanya hang kne beli i-phone hehehehee

    ReplyDelete
  2. SAHROM : MAHALLAH I-PHONE.. NAK CARI YANG MURAH JE..

    ReplyDelete
  3. Beli baru jer, nak murah nokia C3, nampak skey mcm BB ^_^

    ReplyDelete
  4. btol2 beli c3..lg2 kaler pink! hihi :P

    Meh sini: Kesian Ct Nurhaliza!!

    ReplyDelete
  5. sekarang ni banyak sangat hp baru keluar. tak tau nak pilih mana dah

    ReplyDelete
  6. FIZA : C3.. TAK PERNAH TENGOK TU. SAYA BUKANLAH IKUT PERKEMBANGAN NSET NI.. NANTI LEH LA SURVEY..

    FADHEELA : PINK? INGATKAN SAYA NI GEGIRL KE.. :p

    AMIREZ : TU LA PASAL.. TEKNOLOGI NSET NI CEPAT.. MACAM2 KELUARAN BARU SKRG..

    ReplyDelete
  7. Fairus laa....
    Telefon rosak pun bawak juga.hehehe
    kalau orang minta pinjam untuk call,nak jawab aper?tak ada bateri ke?
    Seni betul orang muzium nie yer!
    Cikgu Tie pakai nokia N75 ajer.Punya la tahan sampai 4 tahun guna duk macam tu ajer...tak pernah rosak pun.Selalu duk tanya bila nak rosak sebab teringin nak beli baru.kih,kih,kih

    ReplyDelete
  8. kalo nak touch screen beli c5-03..dlm RM 600

    ReplyDelete
  9. Jai x pandai sgt bab2 hp ni.. Teknologi laju sgt, so jadi malas nak ikut.. Sekarang cuna cikai2 je tanpa gaya...ha3

    ReplyDelete
  10. hahaha... beli baru je, nokia 3310

    ReplyDelete
  11. aku sendiri pon pakai yang biasa bro..orang kata setakat msg n call jer...internet2 ni memang tak der bayang la...
    5800 rasanya ok kot..express muzik ker apa tah yang orang selalu sebut..sekarang bawah 1k. hoho...aku kurang follow bab phone bro..

    ReplyDelete
  12. CIKGU TIE : JANGAN IMPI TELEFON ROSAK, NANTI ROSAK BETUL BARU TAU.. :)

    FAIZ : OK.. NANTI SAYA SURVEY..

    JAI : TU LA PASAL.. TEKNOLOGI HANDPHONE NI LAJU SANGAT.. TAK TERKEJAR.. TAPI SAYA BUKAN NAK BELI YANG LATEST PON..

    PANGLIMA : ADA LAGI KE TELEFON TU?

    AMRY : KALAU AKU NAK BELI PON, NAK BELI BAWAK 1K JE..

    ReplyDelete
  13. C3! Mcm saya ...ha3..promote plak...

    p/s:klik ur HB

    ReplyDelete
  14. AZZEY : DAH BELI C1.. ORG UMAH BELIKAN..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.