Wednesday, March 2, 2011

CERITA PASAL SAMAN TRAFIK

Gambar : Google

Mak ooii.. Rupa-rupanya masih ramai lagi yang gagal untuk membayar saman trafik walaupun pihak polis telah memberikan tempoh yang agak lama untuk membuat demikian. Pada akhir tempoh (tempoh diskaun) pembayaran yang ditetapkan oleh pihak polis pada 12 tengah malam 28 Februari yang lalu, dilihat hanya RM 5.5 juta saman sahaja yang dibayar sebaliknya terdapat 17.3 juta lagi yang belum dibayar.

Nak dikata tidak cukup masa, kenapa saat-saat terakhir baru nak bayar? Sedangkan masa enam bulan yang terdahulu para pesalah trafik tidak membayarnya. Kerja? Oh tidak.. Dalam jangka masa enam bulan takkanlah tak boleh ambil cuti satu hari untuk pergi membayar saman. Jangan kata ambil cuti, masa rehat bekerja pun boleh keluar sekejab untuk bayar saman. Ini tidakm bayar saat terakhir, memanglah sistem pun boleh perlahan kerana terlalu banyak hit ke atas talian tersebut.

Lepas ini kerajaan akan memperkenalkan satu lagi kaedah membayar saman. Sekiranya kita kena saman, segeralah membayarnya dalam tempoh dua bulan kerana sekiranya kita bayar dalam tempoh tersebut, kita akan mendapat pengurangan. Namun sebaliknya, jika kita bayar selepas dua bulan di saman, kita akan membayar jumlah yang tinggi dan akan disenaraihitamkan. Fuh.. Betul-betul tegaslah.

Ada suara-suara mengatakan, sekarang kerajaan tiada duit, pasal tu kerajaan kutip bayaran saman sekarang. Rasanya suara-suara yang mengatakan ini adalah silap. Kerajaan mengutip saman sekarang bukan pada waktu ini sahaja, hari-hari kerajaan kutip saman. Kerajaan siap beri diskaun 50% lagi untuk memastikan saman dibayar, hari terakhirnya ialah 28 Februari yang lepas. Kalau kerajaan betul-betul nak duit, rasanya tiada diskaun 50% diberikan kepada pesalah trafik. Kerajaan dah cukup perihatinlah macam tu. Ni tak, asyik nak salahkan kerajaan. Takkanlah kerajaan nak mansuhkan saja saman trafik tu, kalau tak mana adanya penguatkuasaan..





10 comments:

  1. haha..semua orang kelam-kabut nak bayar.laman web pun stuck.sy yang saman parking ni nsib smpat byr pkai myeg...org ramai tak alert sbb ingt hny nak bg diskaun.pdhal akan kn blacklist!gulp!

    ReplyDelete
  2. AIRANIEZ : JANGAN GELAK.. NANTI ADA ORANG MARAH.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..aku dh settle..ala, 50 hengget je hehehee

    ReplyDelete
  4. Kene pandu kete lbh berhati2 pas ni..x nak kene saman....

    ReplyDelete
  5. Cikgu tie tak buat semakan pun.Harap-harap tak ada saman ler!

    ReplyDelete
  6. bila dah de kete nant kena jaga bebetul2.. tak mau kena saman2 ni.. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. CIKGU TIE : SAYA PON TAK BUAT SEMAKAN.. HARAP2 TAKDE..

    FAAEIN HIMURA : BERDISIPLIN DAN MEMNADU CARA BERHEMAH INSYAALAHH TIDAK KENA SAMAN.. :)

    ReplyDelete
  8. i pun dah kena saman..kalau check tempat lain mungkin kena bayar, i pegi je balai polis trafik terus mintak print saman.FREE jer

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.