Monday, February 28, 2011

KENAPA SINGAPURA MENGHARAMKAN PENJUALAN CHEWING GUM?

Siapa suka makan singgam (Chewing Gum) angkat tangan...! Huuii.. Ramai jugak ye yang suka makan gula-gula getah.. Lepas makan tu buang kat mana? Kat tong sampah? Lekat kat kerusi, meja atau lekat kat dinding rumah? Itulah tabiat orang Malaysia, suka membuang gula-gula getah merata-rata tanpa menghiraukan akibat disebaliknya (bukan semua)

Gambar : Google (tiada kaitan sama ada yang hidup ataupun mati)

Tahu tak, di Singapura penjualan dan memakan gula-gula getah adalah satu kesalahan? Makan memang tak salah, tapi kalau kena tangkap, salahlah. Apa sebabnya gula-gula getah ini diharamkan? Ermm.. Nak tahu pasal apa, pasal seperti aku terangkan di atas. Gula-gula getah ni boleh mendatangkan kekotoran. Untuk mengelakkan rakyatnya membuang atau melekatkan gula-gula getah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya dibuang, maka kerajaan Singapura telah mengharamkan makanan ini berada di Singapura.

Nak dijadikan cerita, hari ni aku ada geram sikit. Mana taknya, pagi tadi masa aku sarapan, tanpa disedari kaki seluar aku sudah terkena gula-gula getah yang telah dilekatkan di kaki meja. Pergggh... hati ada panas jugak la.. Puas aku buang, kikis dan sental seluar untuk hilangkan gula-gula getah tu. Mujurlah boleh hilang, tapi masih meninggalkan sedikit bekas.

Kalau koranglah yang kena gula-gula getah tu, agak-agak rasa nak maki tak pada si pelaku tu ?(walaupun kita tak kenal siapa si pelakunya)




8 comments:

  1. sebab tu negara dorang sgt bersih kan..

    ReplyDelete
  2. Kat malaysia ni....bab disiplin mmg ramai yg fail.......

    ReplyDelete
  3. suker makan chewing gum dentyne..tpi sy buang secara berhemah ke tong sampah...

    ReplyDelete
  4. E.M.M : KALAU BUANG TAK MERATA OK LAH TU.. :)

    ReplyDelete
  5. waktu kat kolej singapore dlu aku hari2 mkan chewing gum. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOHH YE KE? DAH ADA KEBENARAN MENJUAL CHEWING GUM KE? DULU MY COUSIN, CURI-CURI SELUDUP CHEWING GUM UNTUK BAWAK BALIK KE SINGAPORE.. :)

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.