Peninglah tengok senario politik dunia sekarang. Selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan oleh rakyatnya sendiri kini senario seperti ini berjangkit ke negara-negara arab yang lain. Kini, tiba masa pula pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sedang menerima nasib yang sama dari kebangkitan rakyat.
Apa yang menjadi persoalannya sekarang, apakah lepas ini banyak lagi kebangkitan-kebangkitan rakyat seperti ini akan berlaku di negara-negara lain? Adakah cara membuat demonstrasi boleh menjamin sokongan terhadap bakal kepimpinan yang baru kelak?
Negara-negara Barat terutama Amerika sekarang dilihat amat menyokong tindakan rakyat Libya yang melakukan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan pemimpin mereka. Namun adakah langkah ini betul dikatakan sebagai Hak Asasi? Kalau ia merupakan Hak Asasi bagi rakyat, tapi apakah Hak Asasi bagi seseorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya. Bukan tidak boleh melakukan demonstrasi, tapi perlulah berdemonstrasi dengan tenang dan aman, bukan dengan melakukan huru hara dan merosakkan harta awam.
Jalan yang baik adalah pilihanraya, iaitu dengan cara Demokrasi. Tengok siapa yang disokong dan dipilih oleh rakyat. Kalau setakat 1 juta rakyat sahaja membangkang dengan melakukan demonstrasi namun ada berjuta-juta lagi yang menyokong pemimpin mereka, adakah patut pemimpin tersebut berundur sebelum masanya?
Jadinya, bagi pemimpin-pemimpin negara yang bergolak dengan kebangkitan rakyat seperti ini, haruslah segera bertindak dengan mengadakan pilihanraya. Sebenarnya, pemimpin tersebut mungkin ditentang oleh beberapa pihak sahaja, namun ramai lagi pihak yang tetap menyokong. Dengan adanya pilihanraya, sekiranya pemimpin tersebut tetap menang, adakah patut dia berundur? Jawapanya tidak, kerana masih ramai yang memerlukan khidmatnya. Sekiranya kalah, barulah boleh berundur. Berundur dengan terhormat, bukan dengan cara yang hina.
Memang adalah satu hak rakyat untuk bersuara, tetapi dalam menjunjung hak tersebut ia tetap tertakhluk pada peruntukan undang-undang. Inilah Hak Asasi yang sebenarnya.
Hak utk bersuara pd tptnya dn mengikut aturannya...cam gitu ye..*sori klu salah*
ReplyDeleteAZZEY : SETIAP LANGKAH KITA TERTAKLUK PADA PERATURAN.. BEGITU JUGA SEPERTI UMAT ISLAM, AL-QURAN ADALAH PETUNJUK DAN PERLU DIIKUTI..
ReplyDelete