Monday, February 28, 2011

HARI INI MELAKA CUTI KE?

Punyalah banyak kereta yang parkir di Bandar Hilir hari ini adalah di luar jangkaan di mana kebiasaanya kalau banyak kereta hanya pada hujung minggu dan cuti umum. Tetapi kenapa hari ini terlalu banyak kereta sehingga mendatangkan kesesakan lalu lintas?

Nak tahu kenapa? Sebenarnya tempat aku bekerja berdekatan dengan Balai Polis Trafik Melaka, hari inikan hari terakhir orang membayar saman trafik, jadinya ramailah yang berpusu-pusu datang ke sini untuk membayar saman. Aku yang terlupa situasi ini ingatkan hari ini ada cuti umum di Melaka atau negeri-negeri lain.

Gambar : Google

Dari luar aku perasan, orang beratur panjang untuk membayar saman. Tu lah.. Lain kali kalau dah kena saman tu, bayarlah awal-awal. Nanti menyusahkan diri sahaja. Ataupun mereka semua mengharapkan kerajaan memberikan diskaun? Entahlah... Lain kali bawalah kenderaan dengan mematuhi peraturan. Aku ni bukan tak pernah kena saman, kalau tak silaplah akhir sekali pernah aku kena saman ialah masa tingkatan 5 (13 tahun yang lalu). Bawak motor tak pakai helmet, polis trafik kejar dari belakang, ingatkan nak lari masuk kampung, tapi rasa macam tak sempat je, akhirnya aku menyerah sajalah.. :p

Aku berpesan pada semua dan diri aku sendiri, kalau sudah kena saman tu, bayarlah awal-awal supaya kita tidak susah kemudian. Satu lagi, cubalah mematuhi setiap peraturan jalan raya. kalau ikut peraturan semestinya kita tidak akan disaman.. :)




KENAPA SINGAPURA MENGHARAMKAN PENJUALAN CHEWING GUM?

Siapa suka makan singgam (Chewing Gum) angkat tangan...! Huuii.. Ramai jugak ye yang suka makan gula-gula getah.. Lepas makan tu buang kat mana? Kat tong sampah? Lekat kat kerusi, meja atau lekat kat dinding rumah? Itulah tabiat orang Malaysia, suka membuang gula-gula getah merata-rata tanpa menghiraukan akibat disebaliknya (bukan semua)

Gambar : Google (tiada kaitan sama ada yang hidup ataupun mati)

Tahu tak, di Singapura penjualan dan memakan gula-gula getah adalah satu kesalahan? Makan memang tak salah, tapi kalau kena tangkap, salahlah. Apa sebabnya gula-gula getah ini diharamkan? Ermm.. Nak tahu pasal apa, pasal seperti aku terangkan di atas. Gula-gula getah ni boleh mendatangkan kekotoran. Untuk mengelakkan rakyatnya membuang atau melekatkan gula-gula getah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya dibuang, maka kerajaan Singapura telah mengharamkan makanan ini berada di Singapura.

Nak dijadikan cerita, hari ni aku ada geram sikit. Mana taknya, pagi tadi masa aku sarapan, tanpa disedari kaki seluar aku sudah terkena gula-gula getah yang telah dilekatkan di kaki meja. Pergggh... hati ada panas jugak la.. Puas aku buang, kikis dan sental seluar untuk hilangkan gula-gula getah tu. Mujurlah boleh hilang, tapi masih meninggalkan sedikit bekas.

Kalau koranglah yang kena gula-gula getah tu, agak-agak rasa nak maki tak pada si pelaku tu ?(walaupun kita tak kenal siapa si pelakunya)




Saturday, February 26, 2011

FAIRUS BERMAIN TARIAN SINGA

Kenal tak siapa yang bermain Tarian Singa ni..?

Jawapannya...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Akulah.. Sape lagi. :p

Sebenarnya, aku sekarang di Bengkel Mengenali Tarian Singa (1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka. Bengkel yang menarik. Di samping aku dapat belajar sedikit sebanyak tarian singa, aku juga dapat memahami budaya kaum Cina.





Thursday, February 24, 2011

KISAH DI SEBALIK KEMENANGAN MALAYSIA KE ATAS PAKISTAN

Yahooo... Malaysia menang lagi.. Kalau dulu Hong Kong menjadi mangsa, kini Pakistan pula. Memang Malaysia Bolehlah kalau camni selalu.


Namun, disebalik kemengan skuad Olimpik negara ke atas Pakistan malam kelmarin, ada lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Pasukan Malaysia sepatutnya boleh mendapat lebih banyak gol berbanding hanya 2 gol sahaja yang dijaringkan. Memandangkan pasukan lawan hanya bermain seramai 10 orang, pasukan negara seharusnya lebih bersemangat dan mengatur strategi bagi menambah bilangan gol sebagai bekalan di Pakistan (perlawanan timbal balik)

Bahagian serangan kelihatan kekurangan idea. Kalau dilihat, sebenarnya banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol tetapi hanya sia-sia kerana bahagian serangan kelihatan sedikit tumpul.

Bahagian tengah juga kelihatan kosong. Tidak banyak pemain memegang bola dibahagian tengah bagi merancang serangan ke atas lawan. Pemain-pemain Malaysia juga kurang mengelecek, bola tidak tahulah samaada mereka kurang mahir ataupun kurang yakin.




Pada bahagian pertahanan pula adalah begitu baik. Namun ada beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki serta dijadikan pengajaran agar tidak dilakukan lagi pada masa akan datang. Penjaga gol harapan negara iaitu Mohd Khairul Fahmi juga kelihatan telah membuat beberapa kesilapan dengan menendang bola tidak jauh.

Walaubagaimanapun, Malaysia tetap menang. Menang itu penting dan harap bekalan 2 gol ini memadai sebagai bekalan di Pakistan nanti. Selamat maju jaya Harimau Malaya.. Malaysia Boleh..

Wednesday, February 23, 2011

GAMBAR GEMPA BUMI DI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Semalam 22 Februari 2011, Christchurch, New Zealand telah mengalami gempa bumi berskala 6.3 skala Richter. Sehingga kini jumlah kematian dilaporkan ialah sebanyak 65 orang. Di bawah ini disertakan beberapa gambar gemba bumi tersebut untuk tatapan umum sebagai kesedaran betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T. Bila mana Dia mengkehendakkan sesuatu, dengan Kun Faya Kun maka jadilah ia.

Kita di Malaysia ini yang tidak terletak di lingkaran gempa bumi seharusnya bersyukur dan lebih mendekatkan diri kepada Allah semoga kejadian seperti ini tidak berlaku di Malaysia. Namun kita tetap bersimpati atas apa yang berlaku di sana, semoga semua kerja-kerja pencarian mangsa yang masih hilang dan kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan sempurna.

Bagi pelajar-pelajar Malaysia di sana, harap dapat bertenang dengan musibah ini dan carilah tempat yang selamat untuk berlindung.






Gambar : news.com.au



HAK ASASI ATAU DEMOKRASI?

Peninglah tengok senario politik dunia sekarang. Selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan oleh rakyatnya sendiri kini senario seperti ini berjangkit ke negara-negara arab yang lain. Kini, tiba masa pula pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sedang menerima nasib yang sama dari kebangkitan rakyat.


Apa yang menjadi persoalannya sekarang, apakah lepas ini banyak lagi kebangkitan-kebangkitan rakyat seperti ini akan berlaku di negara-negara lain? Adakah cara membuat demonstrasi boleh menjamin sokongan terhadap bakal kepimpinan yang baru kelak?

Negara-negara Barat terutama Amerika sekarang dilihat amat menyokong tindakan rakyat Libya yang melakukan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan pemimpin mereka. Namun adakah langkah ini betul dikatakan sebagai Hak Asasi? Kalau ia merupakan Hak Asasi bagi rakyat, tapi apakah Hak Asasi bagi seseorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya. Bukan tidak boleh melakukan demonstrasi, tapi perlulah berdemonstrasi dengan tenang dan aman, bukan dengan melakukan huru hara dan merosakkan harta awam.

Jalan yang baik adalah pilihanraya, iaitu dengan cara Demokrasi. Tengok siapa yang disokong dan dipilih oleh rakyat. Kalau setakat 1 juta rakyat sahaja membangkang dengan melakukan demonstrasi namun ada berjuta-juta lagi yang menyokong pemimpin mereka, adakah patut pemimpin tersebut berundur sebelum masanya?


Jadinya, bagi pemimpin-pemimpin negara yang bergolak dengan kebangkitan rakyat seperti ini, haruslah segera bertindak dengan mengadakan pilihanraya. Sebenarnya, pemimpin tersebut mungkin ditentang oleh beberapa pihak sahaja, namun ramai lagi pihak yang tetap menyokong. Dengan adanya pilihanraya, sekiranya pemimpin tersebut tetap menang, adakah patut dia berundur? Jawapanya tidak, kerana masih ramai yang memerlukan khidmatnya. Sekiranya kalah, barulah boleh berundur. Berundur dengan terhormat, bukan dengan cara yang hina.

Memang adalah satu hak rakyat untuk bersuara, tetapi dalam menjunjung hak tersebut ia tetap tertakhluk pada peruntukan undang-undang. Inilah Hak Asasi yang sebenarnya.




SEDANG BUNTU!

Aduhai.. Takde idea lah pulak beberapa hari ni tanpa entry-entry terbaru. Tak tahu nak cerita pasal apa. Last entry hari Ahad lepas, means aku tak menulis sudah 3 hari.

Gambar : Google ler..

Tapi, walaupun aku tak buat entry terbaru, aku tetap melawat blog-blog followers aku dan mereka-mereka yang tinggalkan jejak di blog aku. Kiranya aku masih berblog walaupun tidak menulis entry terbaru.

Kepada rakan-rakan folower yang sudi melawat blog ini, aku ucapkan...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Gambar : Google jugak..




Sunday, February 20, 2011

BRITISH CLASSIC BIKE @ MELAKA

Hari ni aku kena menghadiri mesyuarat agong Persatuan Motorsikal Klasik Melaka (PMKM) yang diadakan di dewan Perbadanan Muzium Melaka. Sebenarnya aku ni bukanlah ahli kepada persatuan ini, tapi atas arahan Big Bos aku terpaksalah join mesyuarat ni sekali. Bukan apa, di sini hendak berbincang juga pasal satu festival yang besar yang akan diadakan dengan kerjasama persatuan ini dengan jabatan aku. Oleh itu, aku salah seorang AJK yang dilantik kenalah turut hadir.

Festival yang sedang dirangka ialah Malaysia International Classic Bike Festivall 2011 yang bakal diadakan di Bandar Hilir, Melaka pada 29 April hingga 1 Mei 2011. Jadinya, bagi mereka yang mempunya motorsikal klasik, lebih-lebih lagi motorsikal British adalah dialu-alukan untuk menyertai festival ini. Pastinya gempak...

Nak beli mahal.. Dapat pegang pun jadilah..

Bergaya klasik





Bila nak beli satu ni..?

Barisan motorsikal klasik "British Made"






Saturday, February 19, 2011

KENALI TARIAN SINGA

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.


Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.




Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. mata singa itu hitam,putih atau merah,putih menunjuk kan garang.

Ps : Kenapa Tarian Singa? Sebabnya pada 26 / 02 / 2011 ini aku telah diarahkan oleh bos aku untuk membuat satu bengkel yang dikenali sebagai Bengkel Mengenali Tarian Singa 1 Malaysia. So, sesiapa yang berminat tu, bolehlah datang ke Dewan Perbadanan Muzium Melaka.. :)

Friday, February 18, 2011

PAMERAN ARTIFAK WARISAN ISLAM DAN CINA

Pameran Artifak Warisan Islam dan Cina sedang berlangsung di Balai Syed Sheikh Al-Hadi, Bastion House, Melaka (bersebelahan Kota A'Famosa) ialah satu pameran usahasama antara Perbadanan Muzium Melaka dan Mega Broadcast Venture Sdn. Bhd.

Klik untuk paparan lebih jelas

Pameran ini sedang diadakan dan akan berakhir pada bulan Jun 2011 ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melihat artifak dari Dinasti China yang berusia ribuan tahun. Sekiranya anda berada di Melaka atau mahu berkunjung ke Melaka, jangan lupa untuk melawat pameran ini.

Jumpa di sana... :)



LAGI-LAGI CERITA PASAL FASHA SANDHA BERBIKINI

Huh, cerita pasal artis Melayu kita, Fasha Sandha berbikini nampaknya tidak reda-reda lagi. Di mana-mana blog yang aku lawat, kebanyakan entry mereka yang paling top ialah berkenaan Fasha Sandha berbikini di Bali, Indonesia. Rasanya sudah sebulan lebih cerita pasal ini berlaku, dan ianya masih lagi menjadi carian utama para pelayar internet.

Oleh yang demikian, aku teruklah juga gambar Fasha Sandha berbikini ini untuk tatapan para pelayar internet.

Ops sorry.. Fasha tak seksi lagi..

Saya dah mohon maaf, maafkanlah saya.. Janji tak seksi lagi..

Haa.. Kan dah tak seksi lagi..




RENUNGAN BUAT WANITA BERGELAR ISTERI

Saya mahu kongsikan sedikit isi ceramah agama yang saya hadiri pagi ini. Cukup mudah dan sangat senang untuk dipraktikan oleh kaum wanita bergelar isteri untuk mendapat nikmat syurga oleh Allah :

1. Taat pada perintah Allah dan taat pada suami.

2. Menyediakan air kepada suami yang sedang dahaga.

Subhanallah... Cukup mudah bagi seorang isteri untuk ke syurga. Ini adalah janji Allah. Oleh yang demikian, bagi isteri-isteri di luar sana, laksanakanlah seperti yang diperintahkan oleh Allah ini.





Lain-lain isi ceramah :

1. Dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh sebuah universiti dalam negara menyatakan bahawa hanya 5% umat islam di Malaysia menunaikan solat 5 waktu.

2. Umat islam hendaklah sentiasa berwaspada pada apa yang dimakan. Setiap makanan yang hendak dimakan perlulah Halalan Toyibban (yang halal lagi baik), kerana setiap makanan haram yang masuk ke dalam badan kita, maka api nerakalah bahan bakarnya.

3. Banyakkan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. bagi mendapatkan syafaatnya di akhirat kelak.

4. Setiap wanita perlu menjaga harga diri. Tidak semudahnya menyerahkan diri kepada lelaki tanpa nikah. Sesungguhnya pada akhir zaman ini, nilai harga diri wanita begitu murah.

Banyak lagi isi ceramah yang dibicarakan, namun cukuplah sedikit ini sahaja bagi renungan kita bersama.




Thursday, February 17, 2011

FAIRUS.COM ON VIDEO?

Fairus.com Slideshow: FAIRUS’s trip to Melaka, Melaka State, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Melaka slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.




Wednesday, February 16, 2011

BUKTI AKU TAK SAMBUT VALENTINE DAY!

Ini banner jabatan aku. Cantik tak? Bukan aku yang buat..

Posing ala-ala penyanyi nasyid.. :)

Berarak sambil melafazkan salam kepada nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W

So, sudah terang lagi nyata aku sambut Maulidur Rasul tak sambut Hari Kekasih..



PAMERAN LUKISAN 99 MENGAKUI KEBESARANNYA

Pameran Lukisan 99 Mengakui Kebesaran-Nya

Brosur pameran

Bergambar kenangan :)

Jemputlah datang. Pameran ini berlangsung di Muzium Al-Quran. Bersebelahan Masjid Al-Azim, Melaka

Masuk baru RM 2.00 - Dewasa ; RM 0.50 - Kanak-kanak

Inilah pelukisnya Tuan Haji Abdul Ghafur



TIPS TEMUDUGA DI JABATAN KERAJAAN

Siapa yang tak mahu dengan agensi kerajaan? Rasanya ramai yang mahu bekerja di agensi kerajaan bukannya swasta, walau sebenarnya syarikat swasta lebih memberikan imbuhan gaji dan bonus yang lebih besar. Mungkin mereka beranggapan bekerja dengan agensi kerajaan lebih terjamin, ada pencen dan lain-lain keistimewaan.

Tak kisahlah apapun tanggapan orang tentang pekerjaan di agensi kerajaan mahupun swasta, di sini ada beberapa tips yang mungkin boleh dipelajari apabila mahu pergi temuduga di agensi kerajaan.

Gambar : Makcik Google

1. Membuat ulangkaji

Para bakal ditemuduga perlu membuat pembacaan / ulangkaji berkenaan fungsi jabatan, peranan jawatan, nama menteri dan timbalan menteri yang terlibat dalam jabatan, pekeliling-pekeliling kerajaan dan lain-lain pembacaan yang difikirkan perlu.

2. Pakaian

Bagi lelaki yang hadiri temuduga bagi jawatan yang tinggi adalah elok berpakaian kameja lengan panjang berwarna lembut (biru cair, putih), bertali leher yang bersesuaian dan menggunakan kot. Bagi jawatan yang rendah pula, memadai dengan memakai kameja lengan panjang dan bertali leher.

Bagi perempuan pula, jangan memakai pakaian yang menjolok mata. Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dan memilih corak yang sederhana dan warna yang tidak "garang".

Kasut pula sebolehnya berwarna hitam dan harus dikilatkan. Stokin perlu berwarna gelap dan tidak berbelang-belang.

3. Percakapan / Pertuturan

Semasa ditemuduga, setiap perkataan yang dituturkan mestilah terang dan jelas bagi memudahkan penemuduga memahami apa yang dituturkan. Selain itu, perlu bertutur dengan penuh keyakinan dan sopan.

Sekiranya tidak boleh menjawab sesuatu soalan yang ditanya, seeloknya jangan jawab tidak tahu, sebolehnya menjawab sesuatu yang mungkin berkaitan dengan soalan tersebut dengan lancar.

4. Posisi Duduk

Posisi duduk juga memainkan peranan penting. Jangan mengalihkan kerusi yang telah disediakan, anda hanya perlu duduk dengan selesa dan tegak. Jangan duduk secara membongkok, mengiring atau lain-lain yang difikirkan tidak perlu. Posisi kaki pula jangan disilang dan dilunjurkan.

5. Fizikal

Rambut hendaklah tidak panjang dan perlu disisir rapi. Jangan biarkan rambut kering tidak berminyak, tetapi janganlah sampai terlebih minyak rambut. Bagi perempuan, rambut hendaklah disisir rapi dan jangan sampai menutup muka. Seeloknya rambut yang panjang diikat kemas.




Boleh menggunakan minyak wangi tetapi jangan menggunakan minyak wangi yang baunya terlalu kuat. "Make up" juga tidak boleh terlalu tebal.

Inilah saja yang dapat digariskan. Moga sedikit sebanyak ianya dapat panduan bagi mereka yang bakal ditemuduga. Selamat ditemuduga dan selamat maju jaya. :)

SHAH RUKH KHAN BUAT PENGAMBARAN FILEM DON 2 DI MELAKA

Siapa yang tak kenal Shah Rukh Khan? Pelakon terkenal Bollywood yang mempunyai lakonan yang mantap. Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pengarah. Dulu, terdapat kontroversi yang melibatkan kerajaan negeri Melaka kerana memberikan gelaran "Datuk" kepada Shah Rukh Khan. Tetapi adakah anda tahu cerita disebaliknya?

Melaka adalah sebuah negeri yang menjana ekonomi berdasarkan pelancongan. Dalam usaha mempertingkatkan kedatangan pelancong asing, promosi secara besaran adalah satu cara yang terbaik. Namun, belanja untuk membuat promosi di peringkat antarabangsa bukanlah suatu yang murah. Oleh itu, langkah kerajaan negeri Melaka memberikan gelaran "Datuk" kepada Shah Rukh Khan merupakan satu usaha promosi yang cukup bijak, selain mengiktiraf Shah Rukh Khan sebagai ikon dunia yang berjaya dalam bidang lakonan.

Gambar : Pakcik Google

Sekarang ini, Shah Rukh Khan sedang membuat pengambaran filem Don 2 di Melaka. Apa yang bagusnya? Yang bagusnya ialah, dengan membuat pengambaran di Melaka, dengan secara tidak langsung akan mempromosikan negeri Melaka yang bersejarah ini di merata dunia. Dengan adanya promosi melalui pengambaran filem seperti ini, sudah tentu ianya bakal memberikan banyak manfaat kepada negeri Melaka yang terkenal sebagai negeri pelancongan serta akan memacu ekonomi negeri.

Bijakkan kerajaan negeri Melaka? Oleh itu, bagi mereka yang kurang faham terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka dapat memahami apa sebenarnya yang tersirat di sebalik pemberian gelaran "Datuk" kepda Shah Rukh Khan.




BERHENTI KERJA KERANA MLM

Sekarang kerja bukan senang nak cari. Ramai yang duduk menganggur termasuklah para graduan yang keluar dari universiti. Oleh itu, yang sudah dapat kerja tu, janganlah suka-suka nak berhenti.

Aku cerita pasal kerja ni bukan apa, cuma nak kongsikan sedikit pengalaman seorang kawan aku ni. Dulu dia mempunyai kerja yang agak baik juga, tapi selepas dia terjebak dengan satu perniagaan ala Multi Level Marketing, dia ambil keputusan untuk berhenti kerja untuk terus bersama "perniagaan" barunya itu.


Nak dijadikan cerita, perniagaan dia tu tak kemana-mana. Habis segala rancangan dia hancur. Kesian juga aku dengar cerita mengenai dia. Akhirnya dia mencari kerja semula. Syukurlah dia mendapat kerja semula setelah beberapa bulan tidak bekerja.

Sekiranya kawan aku ni ada terbaca entry ini, aku minta maaf banyak-banyak. Bukan niat untuk mengaibkan, cuma sekadar ingin memberi nasihat dan tauladan kepada yang lain agar tidak terburu-buru mengambil keputusan. Kepada sesiapa yang baru-baru nak berjinak dengan perniagaan MLM atau sebagainya, cubalah kukuhkan diri dahulu sebelum berhenti kerja.




Kalau dah betul-betul kukuh dan boleh berpijak di bumi yang nyata barulah boleh berhenti kerja. Itu pun aku tak galakan.Namun, ini masing-masing punya jalan. Kalau rasa diri tu yakin dan boleh, terpulanglah. Aku hanya mampu memberi nasihat dan pandangan.

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL TO ALL BLOGGERS AND MY FOLLOWERS

Salam Maulidur Rasul kepada semua bloggers dan follower saya. Dengan tema tahun ini 1 Malaysia 1 Ummah, semoga kita dapat merapatkan lagi tali silaturrahin antara kita dan jangan lupa selalu berselawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sumber : I Luv Islam






PENGAJARAN DARI KRISIS MESIR

Mesir sebuah negara yang kaya dengan minyak. Negara yang terletak di dunia Arab dan mengamalkan sistem pemerintahan berpresiden. Sejak sekian lama negara tersebut mengecapi keamanan, namun kini Mesir bergolak dengan tindakan tunjuk perasaan besar-besaran oleh rakyat Mesir bagi menuntut pengunduran Hosni Mubarak.

Dalam krisis yang melanda Mesir ini, dapatlah pengajaran-pengajaran yang boleh diperolehi samaada baik atau sebaliknya yang boleh diteliti oleh pemimpin-pemimpin sesebuah negara.




1. Jangan memimpin terlalu lama. Nanti rakyat bosan. (kalau negara terus maju dan rakyat terpelihara tak mengapa, ini tidak, rakyat terbiar)

2. Tunjuk perasaan besar-besaran untuk jatuhkan presiden (jangan amalkan! Kalau macam ini caranya habislah sistem demokrasi. Kalau boleh semua negara nak buat macam ini untuk jatuhkan pemimpin)

3. Bagi negara Islam, jangan sekali-kali pro Israel (inilah akibatnya kerana pro Israel, orang Islam di negara jiran sendiripun mahu ditindas demi Israel tercinta!)

4. Jangan jadi boneka Amerika (minyak.. minyak.. minyak, lepas ini sekiranya Presiden yang naik ialah anti Amerika, habislah Amerika. Kalau Mesir tak ikut telunjuk Amerika, pastinya Mesir bakal menjadi seperti Iraq. Sekarang ini Amerika syok sendiri seperti hero yang menasihatkan Mubarak supaya berundur, pada hakikat pengunduran ini adalah kerana tekanan rakyat Mesir sendiri)

5. Sistem keselamatan perlu diperketat (dalam menempuh ketidaktentuan seperti ini, pasukan keselamatan seharusnya lebih aktif dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, kalau tak masakan banduan boleh terlepas, pecah rumah / kedai berleluasa dan sebagainya)

6. Bawa pulang pelajar / rakyat segera ke tanah air (tindakan awal perlu diambil untuk tidak mengheret warga negara ke kancah krisis. Tindakan kerajaan Malaysia membawa pulang segera rakyat Malaysia ke tanah air adalah tindakan yang wajar bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlaku ke atas mereka)

TAK UPDATE BLOG

Huh.. Dah berapa hari aku tak update blog pasal entah ape-ape ntah. Hari ni baru la boleh selepas orang TM datang betulkan Wifi kat ofis aku ni. Almaklumlah, aku bertenet kat ofis saja. Lega rasanya bila dah ok semula line internet ni. Kepada semua follower dan lain-lain bloggers, sorry pasal tak dapat nak melawati blog korang beberapa hari lepas.

Puas aku connect tak dapat-dapat

Server not found plak..




Tak dapat nak blogwalking kat korang bukan disengajakan, tapi kerana apa yang diterangkan seperti gambar di atas. Tensionlah juga beberapa hari lepas.



Thursday, February 10, 2011

TO ALL MUSLIM : SAY NO TO VALENTINES DAY!!!

Hari Valentines bakal tiba, Apa persiapan anda? Nak bagi awek bunga? Coklat? Seluar dalam merah? BULLSHIT!! Tahu tak Hari Valentines tu disambut kerana apa? Kerana hari mengingati seorang paderi kuno yang bernama St. Valentine yang diagung-agungkan oleh pengikutnya zaman dahulu. Aku tak kisahlah kalau orang Kristian menyambutnya, tetapi orang beragama ISLAM juga yang duduk menyambutnya ni ape kejadahnya!!

Kalau nak tunjuk kasih sayang pada ibu bapa atau isteri sekalipun kenapa perlu pada Hari Valentines sahaja? Hari-hari lain yang banyak selama 365 hari ni tak boleh nak sayang? Tak boleh nak beri hadiah pada hari-hari lain? Jangan duduk mengikut saja kalau tak tahu ape-ape.

Kebetulan pada 15 haribulan ni (1 hari selepas Hari Valentines) adalah Sambutan Maulidur Rasul. Mari kita lihat sama ada ramai yang sambut Maulidur Rasul atau Hari Valentines. Kalau ramai yang sambut Hari Valentines bermakna ramailah nanti lahirnya anak luar nikah pada hujung tahun ni. Lepas tu buang merata-rata. Ini Hari Valentines punya angkara yang mereka duk sambut sampai hilang harga diri.

Terima kasih diucapkan kepada BIGHANDDESIGN kerana mencipta logo SAY NO TO VALENTINES DAY bagi mengingatkan semua masyarakat ISLAM untuk tidak merayakan hari tersebut.

bighandesign





CARA TINGKATKAN TRAFFIK PADA BLOG ALA FAIRUS[DOT]COM

Bukan nak kata aku ni pro sangat dengan cara nak tingkatkan traffik pada blog ni, tapi sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tidak seberapa yang aku ketahui di mana mungkin boleh dipraktikan oleh para "bloggers".


Antara "tips" yang boleh dilakukan :

1. Membuat "entry" berkaitan berita / isu semasa yang hangat.

2. Membuat "entry" berkaitan berita / isu semasa yang mungkin akan hangat di masa akan datang.

3. Membuat tajuk "entry" dan "keyword" yang sesuai dan dirasakan hangat.

4. "Ping" kan "entry" di laman-laman web yang menawarkan khidmat "ping".

5. Kena selalu "update" blog.

6. Kena rajin "blogwalking" dan meninggalkan jejak di komen mahupun "shoutbox".

7. Buatlah baik dengan "bloggers" lain supaya mereka juga akan berbuat baik dengan anda. (kena ikhlas)

8. Banyakkan menulis "entry-entry" terbaru yang berguna kepada kesemua pihak tidak terhad kepada "bloggers" sahaja. (Contoh "entry" berbentuk ilmiah, maklumat, dsb.)

9. Promosikan "entry" terbaru anda di Facebook, Twitter, lain-lain lama web sosial, dsb.

10. Paksa adik beradik, sedara mara, sahabat handai dan kenalan anda membaca blog anda setiap hari. (yang ni gurau je, tapi kalau nak cuba buat, boleh juga)





Okay, semua ada faham? Kalau dah faham bolehlah cuba praktikkan. Aku percaya, "tips" yang diterangkan ini bukanlah sesuatu yang baru. Aku dapat "tips" inipun ada yang melalui "bloggers" lain juga dan aku sendiri amalkan. Saja buat ulangkaji supaya sentiasa dapat dipraktikkan bersama. Mana yang baik ambillah, kalau rasa tak sesuai dipraktikkan, janganlah diambil peduli dengan "tips" ini.

KISAH DI SEBALIK KEMENANGAN MALAYSIA KE ATAS HONG KONG

Wowww.. Yahoooo.. Horayyy.. Malaysia menang. Menang menewaskan Hong Kong dengan jaringan 2 - 0. Sangat puas hati menonton permainan pasukan Harimau Malaya sekarang (walaupun hanya menonton di rumah). Sejak dari jadi juara Piala Suzuki AFF tempoh hari sehingga sekarang, prestasi pasukan negara begitu baik dan boleh dibanggakan.

Semua pemain Malaysia dilihat begitu bersemangat dan penuh "confident" dalam perlawanan malam tadi. Pemain-pemain dapat memegang bola dengan baik, hantaran juga baik dan tidak banyak hilang bola dari kawalan kaki. Inilah yang diharapkan oleh para penyokong Harimau Malaya selama ini. Peningkatan sebeginilah yang dinanti-nantikan, sejak sekian lama bola sepak Malaysia menghadapi zaman kemerosotan.

Gol-gol yang dijaringkan masing-masing oleh Safiq Rahim dan Amirul Hadi merupakan gol padang yang begitu menarik hasil dari idea yang bernas pemain. Kerajinan dan semangat berani mencabar merupakan kunci kepada gol-gol yang dijaringkan oleh mereka berdua.

Diharap selepas ini semua pemain dapat mengekalkan permainan seperti ini dan terus meningkatkan prestasi masing-masing sekaligus meningkatkan kembali "ranking" pasukan Harimau Malaya dalam arena bola sepak. MALAYSIA BOLEH!!!





Tuesday, February 8, 2011

MOHD SAFEE SALI POPULAR GILA

Huh, ramai gila hari ni orang cari info pasal pemain penyerang khandalan Malaysia, Mohd Safee Sali, sehinggakan blog aku juga terkena tempiasnya. Tengok sajalah track carian di bawah ni, kebanyakkanniya mencari cerita pasal pemain bola sepak ini.

Klik untuk paparan yang lebih jelas

Nama Safee Sali ni memang tak dinafikan dia sedang popular. Tengah naik mencanak-canak. Jangan sekejab saje popular, lepas ni jatuh tersunggur sudahlah. Harap Safee Sali terus sukses.. sukses..




KENALI HOSNI MUBARAK

Nama penuh beliau ialah Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak lahir 4 Mei 1928) merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.

Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom.

Kemudiannya beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Komander Tentera Udara.




Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (30 tahun pada 2011)

Sumber : Wikipedia

MOHD SAFEE SALI SAH KE INDONESIA

Pemain Selangor dan Malaysia, Mohd Safee Sali akhirnya telah memilih pasukan daripada Indonesia sebagai destinasi kariernya. Penjaring terbanyak Piala Suzuki 2010 itu mengakhiri teka-teki ke mana beliau akan bermain akhirnya terjawab dengan memutuskan untuk beraksi dengan Pelita Jaya FC di mana kontraknya diikat selama setahun.


Mungkin ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil, namun kita perlu berfikiran terbuka dengan keputusan yang dibuatnya demi untuk memajukan lagi karier beliau sebagai pemain bola sepak. Indonesia merupakan salah satu kuasa bola sepak di Asia Tenggara, justeru itu, adalah relevan sekiranya Safee Sali ingin bermain di sana.

Namun apa yang menghairankan, kenapa beliau memilih kelab bola sepak Indonesia yang tercorot? Adakah dengan kehadiran Safee Sali ke kelab tersebut mampu melonjakkan kelab tersebut ke tangga yang lebih atas? Diharap ada perkhabaran gembira beliau di sana.

Apa-apapun, diharap Safee Sali dapat menunjukan aksi yang terbaik apabila bermain di sana dan secara tidak langsung akan menaikkan nama Malaysia.





Monday, February 7, 2011

RAJA LAWAK ASTRO : SIAPA PALING LAWAK?

Tiap-tiap minggu aku pasti tidak mahu ketinggalan untuk menonton program Raja Lawak musim ke-5. Nak kata peserta-peserta semua lawak-lawak tak juga. Tapi adalah 2, 3 peserta yang lawaknya boleh dikatakan lawak tahap guling dan meleleh air mata. TAPI... yang menyebabkan aku tak mau terlepas Raja Lawak ialah kerana 2 orang ni..

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Johan dan Zizan

Kalau takde 2 orang ni pastinya program Raja Lawak akan suam-suam kuku je.. Harap Astro akan kekalkan mereka berdua ni sampai bila-bila.

Peserta Raja Lawak tahun ini yang best ialah :

Nazmi

R2






SAJA NAK TAYANG ANAK




Tak pernah publishkan gambar anak. Sekarang aku uploadkan gambar anak kesayangan aku, namanya Muhammad Fahim. Baru berusia 2 tahun. Tengok bulu matanya, macam perempuan, melentik.