Monday, January 24, 2011

MANUSIA KE ARAH KEMUSNAHAN GENETIK DAN KETURUNAN

Jual bayi... Sebenarnya perkara ini bukanlah suatu yang baru. Aku percaya, kes seperti ini telah berlaku sejak sekian lama. Cuma baru-baru ini saja, kes ini "meletup" di dada akhbar. Sebenarnya, dalam pemerhatian aku, didapati aktiviti menjual bayi ini adalah suatu kes yang besar dan harus ditangani segera hingga ke lubang cacing kerana ianya mampu memecahbelah dan mengelirukan asal usul ummah.

Pertama, kita perlu berasa bersalah sekiranya anak yang sepatutnya akan dibesarkan secara islam (sekiranya ibunya islam) dijual kepada keluarga bukan islam. Di sini, sudah tentulah anak tersebut akan mengikut cara orang bukan islam. Alangkah rugi dan berdosanya manusia yang menjual bayi tersebut. Kita yang membiarkan perkara ini terus berlaku turut mendapat tempias dosanya.





Kedua, kalau aktiviti ini terus berleluasa dan sekiranya bayi tersebut telah besar, dan andai kata mereka bertemu jodoh dengan seseorang yang sebenarnya mereka berstatus adik beradik, bukankah perkahwinan tersebut adalah tidak sah. Tidakkah ia akan menimbulkan kesusahan pada mereka kelak apabila mereka dewasa? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?

Bagi aku, ibu yang menjual anaknya adalah sama sahaja seperti membuang anak. Mereka hanya pandai membuat anak, tetapi enggan bertanggungjawab di atas perbuatannya. Jelaslah apa yang yang dikatakan dunia sudah akhir zaman, manusia mencipta banyak kemusnahan di muka bumi ini. Dengan adanya aktiviti jual beli bayi ini menunjukan manusia kini menuju ke arah kemusnahan dari segi genetik dan keturunan.

8 comments:

  1. Tak paham kenapa ada manusia sanggup buat macam nie.Memalukan agama, bangsa dan negara!

    ReplyDelete
  2. inilah petanda dunia akhir zaman... manusia kembali ke zaman jahiliah. malah kekejaman yang dilakukan lebih maju dan sofistikated berbanding zaman jahiliah

    ReplyDelete
  3. PANGLIMA : BETUL TU PANGLIMA.. HUJAH ANDA SANGAT ADA BENARNYA...

    ReplyDelete
  4. Jual anak dapat duit.sebab kesempitan hidup,apa2 bnda yg boleh dijual smua nak jual.org yg mbeli pun patut dipersalahkan juga..takde org beli,takdelah org jual kan?

    ReplyDelete
  5. AIRANIEZ : BETUL JUGA APA YANG AWAK KATA..

    ReplyDelete
  6. binatang pos sayankan anak....tak tahuah aku apa perasaan diorang yang jual beli anak ni...tak der perasaan sayang ker.nak kata kemiskinan hidup, tak kan sampai jual anak kan.banyak cara boleh buat tuk dapatkan pendapatan ni.

    ReplyDelete
  7. AMRY : TAK TAU LA AMRY.. MUNGKIN KERANA YANG DAH TERLANJUR.. YANG BELOM BERSEDIA MENERIMA ANAK.. ATAU APA2 LAGILAH ALASAN.. TAPI MASAKAN BOLEH ANAK DIJUAL BELI.. APELAH.. TAKDE OTAK PUNYA ORANG.. BULLSHIT!!

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.