Sabtu lalu (23 Oktober 2010) jabatan tempat aku bekerja telah mengadakan satu kursus motivasi. Banyak informasi dan kesedaran dapat diperolehi sehinggakan anak-anak dan ibu bapa yang menghadiri kursus tersebut mengalirkan air mata.
Yang ingin aku terangkan ialah tentang pergaulan bebas anak-anak perempuan masa kini dengan lelaki yang layak digelar "jantan". Anak-anak perempuan seharusnya mengelak dari dirinya dinodai oleh si "jantan" kerana lelaki yang ikhlas pastinya tidak akan menyentuh atau mengambil kesempatan kepada anak-anak perempuan yang sedang meningkat umur.
Bagi anak-anak perempuan, jadikanlah dirimu seperti buah durian, di mana isinya memang enak dimakan tetapi kulit yang berduri menyukarkan ianya dibuka. Maksudnya di sini ialah anak-anak perempuan haruslah berkeras dengan pujuk rayu si "jantan" agar dirinya tidak dinodai. Haruslah diingat wahai anak-anak perempuan sekalian, keseronokannya hanyalah sekejab semata-mata tetapi akibat daripada keseronokan itu amatlah berat ditanggung.
Ibubapa juga harus tegas dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Bak kata penceramah motivasi tersebut, biarlah anak kita menangis sekarang supaya kita menangis di kemudian hari.
Sekali lagi ingin ditegaskan, jagalah diri wahai anak-anak perempuan, jangan biarkan dirimu dinodai sewenang-wenangnya. Jangan biarkan teman lelakimu menyentuh tubuhmu walau memegang tangan sekalipun. Ingat! Jadilah diri seperti buah durian.
* Video sekadar hiasan
betul tu..dengan rencah dunia skrn perempuan kena labih berwaspada dan kuat.
ReplyDelete@ izee : Betul, Betul, Betul
ReplyDeletepergaulan bebas berpunca daripada didikan ibu bapa di rumah.kalau didikan tak betul, mcm nie lah jadinya.anak2 hilang rasa malu dengan yg berlainan jantina.
ReplyDeletevideo tu sedih...sebak dada..huhuhu
@ Intankuterpilih : Memang sebak dan sedih.
ReplyDeletetakde ke lelaki yang dinodai?
ReplyDeleteALL IN ONE
budak2 zaman skrng, sbb kurng didikan dr ibu bapa... pergaulan bebas x dikawal dr mula.. bila dh besar baru ibu bapa nk kawal.. susah la.. kna ajar n ingtkan smnjak mereka kecil.. insyaAllah...
ReplyDelete@ Nur : Buat masa ni lelaki belum digoda.. :)
ReplyDelete@ Wawa : Sama2lah kita jaga anak..
ReplyDelete