Friday, October 8, 2010

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu itu berbunyi :

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung- ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum- kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).




2 comments:

  1. ANON : AISEYMAN.. MANA SAYA BACA HARI TU.. LUPALAH.. SAYA AMBIL DARI BUKU NI.. MAAF LUPA PULAK DARI BUKU MANA... NANTI SAYA SEMAK SEMULA..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.