Merdekakah Kita
Bayi Yang Dikandung 9 Bulan 10 Hari
Dilahirkan dan Dijaga Oleh
Neneknya
Rumah Asuhan
Jiran Tetangga
Kita Memang Merdeka
Tetapi Bayi Tidak
Merdekakah Kita
Anak Kecil Tidak Merasa
Kasih Sayang Ditinggal Di Rumah
Dan Kita Sibuk Bekerja Siang Malam
Kita Memang Merdeka
Tetapi Anak Kecil Tidak
Merdekakah Kita
Anak Muda Dibiarkan
Berdiri, Berbaring Atas Motorsikal
Tanpa Rasa Gerun Tetapi Angkuh Di Atas Jalan
Kita Memang Merdeka
Tetapi Anak Muda Tidak
Merdekakah Kita
Anak Mudi Ditunggang Ke Sana Sini
Badan Dewasa Berpakaian Bayi
Alur Bontot Ditayang Sesuka Hati
Tanpa Malu Tetapi Bangga Diri
Kita Memang Merdeka
Tetapi Mudi Tidak
Merdekakah Kita
Hutang Piutang Keliling Pinggang
Kemewahan Hidup Tetap Ditayang
Hidup Tidak Pernah Mengalah
Orang Ada Kita Mesti Ada
Kita Memang Merdeka
Tetapi Hutang Tetap Ada
Merdekakah Kita
Di Kala Tua Dihantar Ke Rumah
Rakan-Rakan Sebaya Usia
Batang Hidung Anak Tiada Jumpa
Menangis, Teresak, Meraung
Hidup Tanpa Makna
Merdekakah Kita
Dikala Nafas Di Hujung Nyawa
Tiada Amal Dan Ibadat Direka
Hanya Pengalaman Berpesta Penuh Di Dada
Siapa Sangka
Syurga Atau Neraka?
Merdekalah Kita Untuk Merdeka
Selama-Lamanya
F.B. Mamat
11 Ogos 2008 (11.38 Malam)
Bachang, Melaka
merdekakah kita apabila....
ReplyDeletesistem yg memerintah kita berdasarkan perlembagaan persekutuan sebenarnya sistem warisan penjajah..kafir lord reid yg telah lama mati? dan bukannya sistem yg haq yakni dtg dari Allah dan RasulNya sebagaimana yg layak kepada MAJORITI umat Islam di malaysia dan dunia?
merdekakah kita sebenarnya apabila kita ini diperintah oleh undang2 yang diberi oleh kafir british..namun mereka sendiri tidak mengamalkannya?
merdekakah kita sebenarnya apabila kita pula sibuk menjadi pembela kepada sistem kafir british, yg realitinya kafir tidak akan pernah diberi peluang oleh Allah untuk menguasai kaum muslimin.
Ok-Ok.. I Take note. Nanti saya sampaikan pada Pak Najib. :)
ReplyDelete