Kasihan Tuah
Banyak Berjasa Pada Sultan
Mentaat Setia Tanpa Menyanggah
Hidup Cuma Berbakti Pada Tuan
Sifat Disayang Tuan Dibenci Pendengki
Tuah Difitnah Bersama Dayang Istana
Bunuhlah Tuah Oleh Sultan Tanpa Usul Periksa
Kasihan Jebat
Dari Kecil Bermain Dengan Tuah
Bersahabat Hingga Ke Hujung Nyawa
Bicara Jebat Raja Zalim Raja Disanggah
Jebat Amuk Mohon Keadilan
Menuntut Nyawa Kematian Sahabat
Tapi Apakan Daya
Tuah Masih Hidup Dibela Bendahara
Matilah Jebat Oleh Tuah Dihunus Taming Sari
Mana Lekir...
Mana Lekiu...
Mana Kasturi...
Kasihan Meraka Tiada Daya
F.B. Mamat
9 Februari 2009 (3.23 Petang)
Bandar Hilir, Melaka
No comments:
Post a Comment
Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.